Editorial
20 Sept 2021
Nik Abduh adalah satu-satunya pemimpin hebat PAS yang amat tegar mahu mempertahankan Piagam Muafakat Nasional atau sebelumnya tersohor sebagai ‘Perpaduan Ummah’.
Walaupun bukan semua, tetapi terdapat pemimpin PAS yang lain seperti amat mudah dipesongkan pendirian mereka dengan agenda halus musuh Islam-Melayu.
Ada yang mengatakan bahawa pemimpin PAS terkedu dan hanyut dengan imbuhan dan kedudukan yang diberikan Muhyiddin setelah berpuluh tahun hidup sebagai pembangkang.

Rakyat tidaklah melihat PAS sebagaimana DAP yang rakus meragut apa sahaja yang boleh diragut, sebagaimana ketika PH berkuasa, seakan-akan komunis yang bermaharalela selepas Perang Dunia Kedua, sebelum kedatangan semula British dalam agenda transisi untuk memerdekakan negara.
Namun terdapat antara pemimpin PAS menjadi angkuh, bercakap pun dengan nada sombong sehingga tidak sedar dia telah menderhakai DYMM Agong.
Malahan sanggup membohongi dewan rakyat yang mulia tentang tamatnya Ordinan Darurat.
Nik Abduh tidak sedemikian, kerana beliau nampak air mata umat Islam-Melayu yang terhambur pada 14 September 2019 ketika piagam Muafakat Nasional dimertai di PWTC.
Muafakat itu bukan muncul seperti petir yang tiba-tiba berdentum menembak syaitan, tetapi ia datang dalam bingkai masa perlahan-lahan dengan perancangan Allah SWT yang mahu PAS sedar bahawa ikatan kerjasama mereka dengan DAP-PKR dalam PR tempoh hari adalah kebodohan yang tidak boleh dimaafkan.

Ramai antaranya leka dan cuba menunjukkan keterbukaan hubungan dengan kafir harbi, adalah diizinkan Islam dengan dalil-dalil yang mereka manipulasikan.
Tapi masih ada yang lupa bahawa apabila PAS keluar daripada PR, Mahathir dan Bersatu terus menerobos masuk dan membentuk Pakatan Harapan. Semasa PAS masih dalam PR Mahathir tidak mahu bersekongkol dengan DAP-PKR.
Lantas siapakah musuh PAS sebenarnya?
Bersatu itu jugalah yang kini berada dalam Perikatan Nasional (satu jenama untuk mengelabukan masyakarat Islam).
Orang kanan Mahathir itu jugalah yang memimpin Bersatu dan kini mendabik dada bahawa dialah pengasas Perikatan Nasional (PN) yang kononnya lebih besar dan hebat daripada Barisan Nasional.
PAS jangan lupa bahawa mereka adalah terdiri daripada katak-katak yang tabiinya adalah melompat ke mana-mana dahan tidak kira dahan yang reput sekalipun, dan akan terus melompat untuk lari daripada ‘pendakwaan terpilih.”
Lihatlah bagaimana mereka menipu BN semasa PRN Sabah, dengan merampas kerusi ADUN yang sepatutnya diberikan kepada BN serta memungkiri janji sebelum PRN.
Perancangan Allah SWT yang jelas dan nyata adalah dengan membangkitkan isu ICERD dan Statut Rom yang telah menyatukan seluruh umat Islam bagi menentang agenda halus DAP-PKR-Bersatu.
Tun Mahathir tidak berbuat apa-apa kerana dia sendiri terperangkap dengan dalang yang menjadikannya PM boneka semata-mata. Kalau di mata dunia, bukan main nak tunjuk dia pembela Palestin, tapi di negara sendiri dia menjadi kaldai kepada kafir harbi.
Di manakah TS Muhyiddin Yassin ketika itu? Cuba DS Haji Hadi tanya dirinya sendiri di manakah Muhyiddin Yassin ketika hampir 2 juta umat Islam-Melayu berkumpul menentang ratifikasi ICERD dan Statut Rom?
Haji Hadi harus ingat pada era, PH berkuasa sesiapa sahaja boleh disumbatkan dalam ‘kluster Mahkamah’ kerana mahkamah sudah menjadi alat mereka untuk membunuh pejuang Melayu-Islam.

TS Rais Yatim tidak sedar dengan penghinaannya terhadap ‘kluster mahkamah’, kerana dia juga adalah calon kluster mahkamah dengan kes yang dibangkitkan oleh pembantu rumahnya. Tidakkah dia selamat kerana dia telah bertukar rupa menjadi katak untuk berada di bawah ketiak Mahathir dan Muhyiddin Yassin?

Dengan terdedahnya kes 1BestariNet oleh Dr Maszlee Malik, Muhyiddin juga ada potensi menjadi kluster mahkamah, kecuali ada campur tangan dalam SPRM.
Untuk selamatkan diri dalam politik PH, jadilah katak dan berpautlah pada dahan reput yang mereka bina, kerana apa yang rakyat lihat banyak cawangan dan bahagian Bersatu telah pun runtuh malah tidak wujud langsung Bersatu di Negeri Sembilan negeri Rais Yatim dilahirkan.
Bersatu Pagoh juga runtuh, tetapi presidennya masih sombong dan bongkak.

Nik Abduh berbeza dan dilihat amat hebat kerana beliau nampak agenda halus musuh Islam sejati.
Rakyat harus sedar kita bukan sahaja dalam dilema mencari ‘pemimpin Islam sejati’ di Tanah Melayu ini, kita juga harus mengenali ‘musuh Islam sejati’.

Nik Abduh hebat kerana beliau berani ‘mewakafkan’ dirinya demi Muafakat Nasional yang boleh diterjemahkan bahawa hidup matinya adalah untuk perpaduan umat Islam-Melayu yang amat digeruni oleh pihak kafir harbi.
Kami masih ingat kata-kata Nik Abduh pada hari Piagam Muafakat Nasional dimeterai.
Kata Nik Abduh, pemuafakatan politik antara PAS dan UMNO menerusi MN adalah satu projek besar yang memakan masa dan memerlukan pengorbanan dan tolak ansur kedua-dua belah pihak.
“Walau apa pun alasan UMNO dan PAS, kekal berpecah dan berbalah adalah seburuk-buruk jawaban kepada penyelesaian. Penyakit diubati dengan ubatnya. Degil atau putus asa adalah racun ditambah racun.
“Projek penyatuan umat yang besar ini hakikatnya menuntut kehadiran pahlawan daripada UMNO dan PAS. Saya ulang, pahlawan daripada UMNO dan PAS. Mereka ialah barisan yang memiliki kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.”

Kini Nik Abduh mengulangi peringatannya setelah ulang tahun piagam keramat Muafakat Nasional pada 14 September.
Nik Abduh mengingatkan seluruh ahli dan penyokong PAS serta UMNO supaya menolak dan membuang mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan hubungan Muafakat Nasional yang diikat kukuh dengan nama ALLAH SWT.
Jika ada pemimpin yang cuba merosakkannya, maka beliau yakin, seluruh ahli dan penyokong PAS dan UMNO akan segera menolak, bahkan membuangnya.
“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh.”
Pasti ramai yang teringatkan fitnah golongan Syiah yang mahu menghancurkan perpaduan Islam dan akidah Islam yang tulen.
Ingatlah dalam PH ada golongan Syiah ini. Manakala pemimpin Syiah tersebut adalah dahulunya Timbalan Presiden PAS. Adakah sebahagiannya masih berada dalam PAS?
****
Tinggalkan Jawapan