VIDEO – SELAGI ADA DAP, PENDOKONG PLURALISME AGAMA, SODOMIS, DAN SYIAH SELAGI ITULAH PH AMAT BAHAYA KEPADA MELAYU-ISLAM

Dr Mamat Desa

21 Sept 2021

YB Mahfuz Omar telah dengan lantangnya membuat kesimpulan bahawa MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan menunjukkan kerajaan terkini di bawah DS Ismail Sabri telah mengakui PH bukan lagi ancaman kepada masyarakat Islam negara ini.

Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan propaganda, kononnya PH adalah penyokong dan pembela Islam dan umatnya, serta penyumbang kepada kestabilan negara.

Rakyat juga jangan lupa, pemimpin PH sebegini yang hanya bijak bercakap bohong, bahkan berfikiran dangkal, akan menonjolkan segala retorik politik untuk menutup wajah buruk mereka yang sebenarnya.

Selagi ada DAP dan selagi ada pemimpin mereka yang menyokong LGBT, ratifikasi ICERD, Statut Rom, menyokong pemurtadan, menyokong pluralisme agama, melenyapkan kampung Melayu, dan pelbagai imej palsu, maka janganlah rakyat percaya pada PH, yang sudah tersohor dengan label ‘Pakatan Hancing’.

Jangan lupa dengan strategi ‘Bumi Hangus’ DAP untuk melemahkan negara supaya apabila rakyat tolak mereka kemudiannya, negara menjadi lemah dan tidak berdaya, ketika itulah umat Islam akan ikut teluntuk mereka, sebagai mana kisah Dajal yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber: Cungkils.com

Kemudian, lihatlah bagaimana Ummi Hafilda, telah mendedahkan gelagat tidak bermoral pemimpin PKR yang telah diperjuangkan oleh PH-DAP-PAN untuk menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Adakah ini pemimpin yang boleh dipercayai sebagai pembela umat Islam dan sekali-kali tidak mengancam agama Islam?

Rakyat jangan lupa apa yang telah mereka lakukan semasa PH berkuasa selama 22 bulan.

Segala huru-hara dalam pentadbiran ketika PH berkuasa, telah menyebabkan pemimpin utama mereka meletakkan jawatan. Malahan dia mengaku bahawa dia hanyalah ‘boneka DAP’.

Presiden PUTRA, Datok Ibrahim Ali pernah mendedahkan bukti bahawa Presiden PKR sememangnya adalah seorang homoseksual yang susah hendak meninggalkan tabiat seks songsangnya. Malahan terkini, masih ada lagi kes di mahkamah yang mendakwa perlakuan seks songsangnya.

Ingatlah janji palsu mereka, pembohongan mereka, melantik Peguam Negara dan Hakim Negara melalui pelantikan politik, melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM juga melalui tiket politik.

Kemudian mereka bangga dengan orang-orang yang telah mereka aniayai melalui pendakwaan terpilih.

Hari ini sudah ada pegawai tinggi SPRM sendiri yang mendedahkan bahawa terdapat tekanan politik dalam kes-kes yang didakwa.

Bekas Peguam Negara yang pernah menjadi peguambela Ketua Komunis Malaya, Chin Peng, telah mendedahkan campurtangan politik dalam sistem kehakiman dan perundangan negara sehingga berlakunya pendakwaan terpilih dan pengguguran kes yang melibatkan konco-konco mereka.

Cuba lihat apa yang didedahkan oleh Datok Ibrahim Ali, Senator Dr Ibrahim Abu Shah, Tunku Abdul Aziz, Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Muhamad, Ummi Hafilda dan ramai lagi.

Bukan setakat cuba menguasai badan kehakiman dan perundangan negara, mereka juga menggunakan media asing dan kuasa asing untuk mempengaruhi rakyat dengan propaganda mereka.

Soal ini adalah soal utama yang menjadi racun kepada keadilan perundangan dan kehakiman.

Sebagaimana didedahkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, TS Abdul Hamid Muhammad, Mahathir adalah PM pertama yang telah mencampuri urusan badan kehakiman negara.

Kemudian kita lihat bagaimana pemimpin mereka menyokong ideologi komunis, menyokong pemurtadan Lina Joy, menyokong semua agama sama, semua menyembah Tuhan yang sama, soal murtad itu soal peribadi, soal maksiat seperti berkahlwat itu soal peribadi, soal semburit juga soal peribadi.

Senator TS Dr Ibrahim Abu Shah pula telah mendedahkan bagaimana DAP lebih bahaya daripada ISIS dan DAESH.

Jika rakyat suka negara ini hancur, serahkanlah kembali kuasa kepada PH, bekerjasamalah dengan PH.

Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab tentang keselamatan negara juga telah mendedahkan bahawa Presiden Amanah, Mat Sabu adalah penganuh Syiah yang tegar.

Harap Perdana Menteri, DS Ismail Sabri tidak lupa dan lalai dengan racun yang dibawa masuk ke dalam rumah, semoga racun itu tidak termasuk dalam periuk nasinya.

Negara tidak perlukan pemimpin yang pandai bercakap, tetapi moral dan akidah agamanya amat rendah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: