HAI MB, HANG RASA TAK CUKUP KAYA LAGI KA?

EDITORIAL

22 Sept 2021

SEMALAM heboh dalam media, seorang bekas Menteri Besar, anak Tun Mahathir, DS Mukhriz telah memindahkan RM13 juta wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ke satu akaun di luar negara ketika dia menjawat jawatan tersebut sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat oleh pihak yang amat reliabel atau tinggi kebolehpercayaannya iaitu Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md.Nor.

Malahan pendedahan dibuat sebaik selepas Sidang DUN Kedah, dan sentuhan tentang hal tersebut dibuat dalam Sidang DUN Kedah semalam.

Nampaknya isu ini bukan sahaja mendedahkan sesuatu yang boleh ditanggapi sebagai penyelewengan kuasa dan pemindahan secara wang haram, tetapi ia juga akan membangkitkan perbalahan antara PAS dan Pejuang.

Rakyat harap SPRM tidak berlengah, dan berdolak dalik untuk menyiasat.

Sekiranya SPRM tidak menunjukkan kesungguhan sebagaimana tindakan mereka terhadap pemimpin UMNO, baiklah bubar sahaja SPRM dan digantikan dengan suruhanjaya yang baru yang bersih daripada kawalan kuasa pihak tertentu.

Jika isu yang didedahkan ini benar satu penyelewengan kuasa, Mahathir seharusnya rasa bangga setelah sekian lama menghina dan mengkeji orang lain sebagai perompak, penyamun, penyangak malahan menghina keturunan orang lain.

Sebagaimana biasa dan sebagaimana respons yang biasa rakyat akan dengar daripada Mahathir, Mukhriz akan kata tak tahu dan sekaligus ia adalah fitnah.

Mukhriz  menganggap dakwaan kononnya berlaku pemindahan wang sebanyak RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ke Kanada merupakan satu tuduhan serius.

Kata Mukhriz, “Ini kali pertama saya dengar tentang kejadian itu. Jadi saya ingin sarankan Muhammad Sanusi untuk buat laporan polis kalau beliau benar-benar percaya benda itu berlaku.”

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, beliau berharap satu kenyataan rasmi dapat dikeluarkan berhubung perkara itu yang didakwa berlaku ketika dirinya menjadi Menteri Besar sebelum ini.

“Kita harap boleh dapat kenyataan rasmi kerana beliau tidak sepatutnya melontarkan dakyah atau tohmahan begitu saja seolah-olah ‘langgar dan lari’.

“Dakwaan itu perlu dibuktikan dengan saya pun tak tahu apa ceritanya. Saya menantikan kenyataan rasmi mengenai tuduhan dibangkitkan itu,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pemindahan wang tersebut telah dibuat ke dalam akaun berkenaan yang berpangkalan di Kanada.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan pemilik akaun tersebut dan tujuan wang itu dipindahkan ke luar negara walaupun mendakwa masih menyimpan slip bank berkaitan perkara berkenaan.

Kata Sanusi, “Ada hal lama pemindahan wang MBI RM13 juta ke satu akaun luar negara di Kanada. Saya tak pernah sebut kepada sesiapa pun dan hari ini baru sebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini hari ini.

Malah beliau turut menempelak Mukhriz yang didakwa kelilingi ‘punahsihat’ dan bukannya penasihat seperti dinyatakan ADUN Jitra itu ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Kedah dalam Sidang DUN berkenaan.

“Bila saya jadi kerajaan, dibawa dalam mesyuarat Exco untuk bayar satu perbelanjaan yang dibuat penasihat Menteri Besar pada masa itu untuk bekalkan kuih raya. Kuih raya itu saya dapati harga begnya lebih mahal dari kuih hingga menyebabkan kita terpaksa bayar hingga RM1.3 juta.

“Saya katakan sebenarnya beliau bukan dikelilingi penasihat tetapi dikelilingi ‘punahsihat’. Sebab itu kena bayar harga RM1.3 juta dengan harga beg lagi mahal daripada kuih,” katanya.

Justeru beliau dalam nada sinis turut menasihatkan agar mana-mana pihak untuk tidak membaling batu ke rumah orang sekiranya rumah sendiri dibina daripada kaca.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: