MENGAPA PADA ERA ISMAIL SABRI BERKUASA, TERBONGKAR PEKUNG SPRM?

Editorial

22 Sept 2021

Pada era Mahathir berkuasa, perkara onar yang dia lakukan ialah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang telah menjadikan undang-undang negara sebagai ‘Undang-Undang Rimba’ sebagaimana Tommy perakui dalam memoirnya ‘Justice in the Wilderness’ atau ‘keadilan dalam rimba belantara.’

Bagaimana mungkin peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah banglonya dilantik menjadi Peguam Negara, sedangkan ketika itu kes masih berjalan.

Malahan kes itu kemudiannya digugurkan dan Guan Eng dibebas dan dilepaskan dengan ertikata kes itu tidak boleh dibuka semula.

India yang tidak fasih berbahasa Melayu itu juga sebelumnya adalah peguambela kepada Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Tidak hairanlah ideologi komunis cuba diserapkan malah di sekolah-sekolah dan sudah ada restoran yang menjadikan imej Chin Peng dan Mao Tze Tung sebagai ‘wallpainting’ mereka. Hal ini bertentangan dengan perjanjian pengampunan bekas gerila komunis.

Lantas banyaklah kes yang melibatkan konco-konco PH-DAP digugurkan, manakala terdapat ahli parlimen diugut untuk melompat ke dalam PH sekiranya tidak mahu didakwa di mahkamah.

Hari ini Mahathir dengan lakonannya, menyatakan bahawa dia menyesal melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Kemudiannya kepimpinan Mahathir-DAP melantik pula Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada orang politik, iaitu Latheefa Koya yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Tidak hairanlah jika banyak tuduhan dikenakan ke atas pemimpin parti yang Mahathir benci. Lebih daripada itu, dia menjaja ‘perompak’ ‘pencuri’ malahan sehingga mengutuk keturunan orang lain, tetapi dia lupa siapa keturunan dia yang sering dihina dalam ‘Sulalatus Salatin’ atau ‘Sejarah Melayu.’

Beberapa hari ini terbongkar beberapa pekung dalam SPRM.

Rakyat terkejut apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu kes diambil tindakan oleh SPRM ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.

Lantas, pihak PDRM juga harus menyiasat adakah ‘pendakwaan terpilih’ SPRM ke atas pemimpin tertentu, merupakan campurtangan politik pihak badan eksekutif negara terutama ketika Mahathir-DAP berkuasa.

Pada 21 Sept terbongkar pula kes kehilangan wang bahan bukti kes rasuah sejumlah RM25 juta yang dicuri dan digantikan dengan wang palsu ketika bahan bukti berada dalam simpanan SPRM.

Kehilangan yang boleh diterjemahkan sebagai ‘kecurian’ adalah satu kes, manakala menggantikannya dengan wang palsu, adalah satu kes lagi.

Bagaimanakah pegawai SPRM boleh bertindak sedemikian sekiranya ia benar-benar melibatkan orang dalaman SPRM? Ibarat kata harapkan pagar, pagar makan padi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki harus bertanggungjawab, sebagaimana gesaan Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal supaya Azam direhatkan serta-merta sepanjang siasatan kes ini dijalankan kerana kes ini melibatkan integriti dan tidak boleh dikompromi.

Pendakwaan ini satu perkara yang sangat serius. Sekiranya ia benar-benar berlaku, perbuatan pegawai kanan SPRM terbabit melanggar peraturan kerja sebagai penjawat awam yang diamanahkan menjaga satu jumlah wang yang sangat besar.

Bukan Azam sahaja mesti direhatkan sementara waktu, malah pegawai atau seluruh anggota SPRM yang terlibat juga perlu dikenakan tindakan sama,” katanya pada Selasa.

Tegasnya, satu siasatan telus perlu dilakukan dan konsep semak dan imbang wajib dilaksanakan, sekali gus mengenal pasti bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Barangkali juga sebuah badan bebas harus ditubuhkan bagi menyiasat segala pekung dalam SPRM.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: