Adalah salah bagi mereka yang jahil statistik untuk menuding jari bahawa kajian sedemikian hanyalah ramalan, kecuali sekiranya terdapat beberapa kelemahan seperti pemilihan sampel, isu semasa sebelum pilihan dibuat atau terdapat ‘bias’ terhadap instrumen kajian. Ilham Centre mengeluarkan premis bahawa Pejuang boleh dianggap berjaya jika masih mampu mengekalkan undi PH yang diperoleh pada PRU14 lalu. Amir Khusyairi hanya berjaya mendapat sepertiga undian daripada penyokong Bersatu yang dahulunya berada dalam kuasa Mahathir.
(Video) BERSATU BLACKOUT: MAHATHIR DAN ANAKNYA TERUS ‘WIRID’ MENJULANG NAMA NAJIB RAZAK
Lebih daripada itu Mahathir juga telah mengutuk keturunan DS Najib sebagai ‘Lanun Bugis’ sehingga membangkitkan kemurkaan ‘Raja-Raja Melayu’ serta kaum Bugis di Malaysia. Sebaliknya Mahathir lupa asal-usul keturunan dia yang jelas tercatat pada kad pengenalan bapanya, yang menjadi lelucon bangsa Melayu sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam ‘Sulalatus Salatin’. Terkini dalam program ‘Bersatu Blackout,’ yang berlangsung di Alor Star, Mahathir dan anaknya DS Mukhriz tidak pula mengangkat agenda baru bagi memperbaiki negara, sebaliknya mereka berdua masih ‘mabok’ menghina dan mencaci DS Najib, seakan-akan ia merupakan wirid berkesan untuk memulihkan kembali kuasa PH yang telah tumbang pada Mac lalu.
(Video) APA JUA MUSLIHAT MAHATHIR, MATLAMATNYA ADALAH MUKHRIZ SEBAGAI PM
DS Najib juga menempelak Mahathir yang telah marah dan lantas membencinya dengan penuh dramatik dan emosional sejak Pemilihan Agung UMNO 2013 kerana dia (DS Najib) tidak menyokong kempen untuk mengangkat Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO.