PM TIDAK BOLEH MENCAMPURI URUSAN BADAN KEHAKIMAN SEBAGAIMANA BERLAKU PADA ERA PM4 – BEKAS HAKIM

Editorial

19 September 2021


Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram berkata, perlembagaan perlu dipinda untuk memberi kuasa kepada JAC untuk mencadangkan nama kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik terus setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Kenyataan kedua-dua bekas hakim itu adalah sebahagian daripada perbincangan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH) tentang “kestabilan dan transformasi politik”.

Salah satu daripada enam bidang dipersetujui adalah kebebasan badan kehakiman.

Sokongan daripada anggota parlimen pembangkang untuk memperkasakan JAC sangat penting kerana majoriti dua pertiga diperlukan untuk meminda perlembagaan.

Sri Ram berkata, kedudukan undang-undang yang ada sekarang seperti memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengetepikan cadangan JAC dan ini tidak mencerminkan badan kehakiman sebagai badan yang bebas daripada kuasa badan eksekutif.

Menurut Sri Ram, hakim yang tidak berprestasi tidak boleh dinaikkan pangkat dan penilaian kehakiman bertulis yang telah para hakim bentangkan mesti dinilai kerana ia mewakili prestasi mereka.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan yang telah bersara, Mohd Hishamudin Yunus, membangkitkan isu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai skandal klip video VK Linggam pada tahun 2007-2008 yang telah mendedahkan bagaimana perlindungan politik berperanan dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim.

Malah pada era Tun Mahathir memegang tampuk pentadbiran negara, ahli perniagaan yang menjadi kroninya turut terlibat dalam skandal tersebut. “Ini mencemarkan nama baik badan kehakiman negara,” katanya. Dia turut mencadangkan beberapa anggota JAC boleh dicalonkan melalui temuduga sebagaimana dipraktikkan di United Kingdom.

Kontradik dengan apa yang telah dihujahkan oleh kedua-dua hakim itu, sebagaimana yang didedahkan oleh TS Tommy Thomas, pada era Mahathir pemilihan hakim dilakukan secara bebas oleh beliau dan PM dalam hal kenaikan pangkat.

Tommy telah mendedahkan hal ini dalam bukunya memoirnya, ‘Justice in the Widerness’ atau terjemahannya, ‘Keadilan dalam rimba belantara.

Adakah isu pelantikan hakim ini yang ditanggapi oleh Tommy sebagai ‘keadilan dalam rimba belantara itu’?

Sementara itu dalam kes SRC DS Najib Tun Razak, PAC telah memutuskan bahawa berlaku kelemahan pentadbiran dan pengurusan Syarikat 1MDB serta kelemahan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Ia bukannya kesalahan DS Najib sebagaimana yang dipersepsikan.

Namun mengapakah Hakim Mahkamah Tinggi yang sewajarnya mengadili kes SRC itu tiba-tiba diganti dengan seorang Hakim Mahkamah Sivil (Persekutuan)?

Dia seakan-akan diturunkan pangkat oleh PM atau adakah dia menjadi proksi PM untuk mengadili DS Najib?

Kemudian setelah TS Muhyiddin Yassin mengambil alih kuasa daripada Mahathir, mengapakah hakim yang sama dipindahkan semula ke Mahkamah Persekutuan?

Kes siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja pada 2007-2008 sebagaimana yang dirujuk oleh Mohd Hishamudin Yunus adalah kes Siasatan mengenai pelantikan hakim dalam skandal video hakim VK Linggam.

 

RCI ditubuhkan berikutan pendedahan klip video selama lapan minit yang tersebar luas (termasuk di YouTube) yang memaparkan hakim kanan, V.K. Lingam, yang membincangkan promosi dan faksionalisme dalam badan kehakiman ketika Mahathir masih berkuasa.

Perbualan itu juga telah membincangkan isu kehakiman dengan hartawan dan ahli perniagaan Vincent Tan dan seorang lagi ahli politik parti kerajaan yang kedua-duanya dianggap sebagai perantara kepada Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengenai video tersebut yang menuduh campur tangan politik dalam pelantikan hakim dan manipulasi kes-kes berprofil tinggi. 

Pada 17 Januari 2008 Mahathir dihadapkan ke Suruhanjaya Siasatan Diraja itu yang mendedahkan manipulasi pelantikan hakim tertinggi semasa pemerintahannya, dan skandal yang menimbulkan keraguan mengenai kebebasan badan kehakiman Malaysia.

Klip video yang dirakam secara rahsia menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai sebagai peguam terkemuka, V. K. Lingam, yang dengan bangga menyatakan bahawa dia boleh mendapatkan janji hakim utama dengan bantuan Mahathir.

Sepanjang siasatan itu, Mahathir berpura-pura tidak tahu dan lupa garis masa penting.

Namun anehnya, banyak perkara yang dia tidak lupa tentang DS Najib Tun Razak, termasuk keturunan Ds Najib yang wujud sebelum dia dilahirkan.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: