NIK ABDUH HEBAT, DIA SEDAR TENTANG AGENDA HALUS MUSUH ISLAM

Perancangan Allah yang jelas dan nyata adalah dengan membangkitkan isu ICERD dan Statut Rom yang telah menyatukan seluruh umat Islam bagi mementang agenda halus DAP-PKR-Bersatu termasuk Tun Mahathir kerana dia sendiri terperangkap dengan dalang yang menjadikannya PM boneka semata-mata. Di manakah TS Muhyiddin Yassin ketika itu? Cuba DS Haji Hadi tanya dirinya sendiri di manakah Muhyiddin Yassin ketika hampir 2 juta umat Islam-Melayu berkumpul menentang ratifikasi ICERD dan Statut Rom? Pasti ramai yang teringatkan fitnah golongan Syiah yang mahu menghancurkan akidah Islam yang tulen. Ingatlah dalam PH ada golongan Syiah ini. Manakala pemimpin Syiah tersebut adalah dahulunya Timbalan Presiden PAS.

VIDEO – MUHYIDDIN HARUS SEDAR, DIA JUGA DALAM ‘KLUSTER KLEPTOKRAT’

Rakyat melihat TS Muhyiddin berkali-kali mencanangkan isu ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’ bukan sahaja dengan niat supaya mereka tidak boleh terlibat dengan urus tadbir negara, bahkan ia juga membawa elemen kebencian dan penghinaan. Namun itulah dia politik Malaysia, yang telah dikatakan tadi bahawa tiada sesiapa dalam kabinet mana-mana juga kerajaan pemerintah boleh mendakwa dirinya bersih, lantas layak menghina orang lain sebagai ‘kluster mahkamah’ dan 'kleptokrat'. Tapi kini rakyat melihat TS Muhyiddin Yassin juga layak untuk bersama dengan kluster mahkamah dan rasanya lebih baik TS Muhyiddin berehat sebelum nama baik kerajaan di bawah urus tadbir DS Ismail Sabri terus dikotori dengan banyak lagi maklumat pendedahan kes 1BestariNet.

KENAPA PERSOALKAN PENGLIBATAN ‘KLUSTER MAHKAMAH’ SEKIRANYA ‘KLUSTER BANDUAN’ RAMAI DI SEKELILING DAP?

Kontradiknya ahli-ahli politik yang gila kuasa ini lebih suka melihat ‘seseorang itu bersalah sebelum mahkamah memutuskan dia bersalah.’ Lantas, tak perlulah DAP hendak mengangkat perjanjian dalaman rumah tangga PN-BN kerana dalam rumah tangga DAP sendiri ramai berada dalam ‘kluster banduan’ yang kotor dan jijik daripada orang yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah sebaliknya didakwa kerana fitnah dan konspirasi oleh 'undang-undang rimba' dan kerajaan kakistokrasi.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: