VIDEO – SHAFIE BIADAP DAN ANGKUH KERANA MENIDAKKAN RASA SYUKUR DYMM AGONG

Dr Mamat Desa

15 Sept 2021

Presiden Warisan, Shafie Apdal lebih suka menunjukkan sikap biadap dan angkuh apabila menghina dan mengeji MoU yang dipersetujui oleh PH bersama kerajaan sedangkan DYMM Agong menzahirkan kesyukuran dan sukacita baginda atas kerjasama rentas parti itu.

Lebih mengecewakan apabila Shafie masih dengan mentaliti bahawa kerajaan semasa yang diterajui oleh DS Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan sebelumnya adalah kerajaan yang ‘mencuri mandat rakyat’.

Shafie mungkin masih dalam kepompong silam apabila dia lupa bahawa rakyat tidak pernah mahu memberikan mandat kepada kerajaan yang dipilih atas penipuan pembohongan, janji palsu dan fitnah.

DYMM Agong juga menzahirkan sukacita baginda apabila memorandum persefahaman antara kerajaan-pembangkang, khususnya PH telah menjadi satu junktur sejarah yang seperti yang dititahkan Baginda sebagai ‘pendekatan bersejarah’.

Pandangan genjot Ahli Parlimen Semporna itu diujarkan dalam Dewan Rakyat yang mulia apabila dia berkata “Pihak pembangkang kata ‘Langkah Sheraton’ curi mandat diberikan rakyat dan sekarang, kita bekerjasama dengan mereka,” katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Shafie juga dengan angkuhnya mempersoalkan “Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak mandat itu. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka. Di mana nilai-nilai dalam hidup kita?”

Apakah nilai yang dia lihat apabila dalam kalangan pemimpin PH semasa mereka berkuasa, tiada putus-putus berlangsungnya kemelut tuntut kuasa dan pemindahan kuasa antara pemimpin yang menjadi boneka DAP dengan pemimpin yang baharu keluar dari penjara?

Sehingga kemelut itu, dengan kegenjotan urus tadbir kerajaan PH yang ditanggapi oleh rakyat sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’, menyebabkan Tun Mahathir mengambil tindakan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sekaligus hilang keabsahan kerajaan PH sebagai penerajui pemerintahan.

Di manakah PH dan juga Warisan telah letakkan mandat rakyat?

Sebagaimana dibuktikan oleh 6 PRK yang telah berlangsung sebelum PH tersungkur, rakyat termasuk pengundi Sabah di Kimanis, telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memberikan mandat pada PH-Warisan yang banyak membohongi rakyat.

Malahan ada yang mengatakan bahawa PH membawa sial kepada negara kerana terlalu banyak kecelakaan yang dibuat oleh DAP-PH-Warisan yang mencabul amanah rakyat, dan memperkosa semangat perpaduan kaum. Itulah hakikat ‘mandat menipu rakyat’.

‘Mandat menipu rakyat’ PH terungkap dalam manifesto janji palsu, fitnah GST, fitnah 1MDB, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah DS Najib perompak, fitnah negara akan bankrap, dan seribu satu lagi pembohongan.

Klise negara hampir bankrap, lantas mewajarkan PH-Warisan menjual aset negara dengan rakusnya.

‘Hakikat negara akan bankrap’ juga memperkukuhkan rasional Mahathir meminta ‘rakyat miskin supaya jangan lagi mengharapkan bantuan kerajaan’, Mukhriz pula mahu ‘rakyat ikat perut’ dan mewajarkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa ‘tiada yang diberikan percuma’ manakala Khaled Samad pula menjaja ‘kerajaan tak ada duit.’

Tidak cukup dengan rangkaian pembohongan, manifesto PH-Warisan juga dianggap bukannya ‘kitab suci’, lantas adakah sebagai kertas tisu tandas?

Jelaslah PH-Warisan telah mencampak mandat rakyat begitu sahaja, apabila DYMM Agong telah mencemar duli untuk menyelamatkan negara.

Mandat rakyat yang diamanahkan kepada PH-Warisan bukan sahaja dinodai melalui peletakan jawatan Mahathir sebagai PM, tetapi ia dinodai jauh lebih awal selama tempoh 22 bulan PH berkuasa apabila Mahathir memperakui bahawa dirinya adalah ‘PM boneka DAP’.

Tak perlulah dibangkitkan rasa kecewa Shafie terhadap Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim apabila gerakan mengangkat dirinya oleh Tun Mahathir sebagai PM digagalkan. Begitulah juga apabila DYMM Agong memperkenankan parti dalam blok kerajaan dan pembangkang menyerahkan SD atau Akuan Bersumpah untuk memilih pengganti TS Muhyiddin Yassin.

Shafie juga gagal melihat kerakusan nafsu serakahnya yang mencadangkan PRK Sabah ketika wabak Covid19 sedang merebak.

Dia juga lupa bagaimana dia telah mencuri mandat rakyat yang diberikan kepada rakyat Sabah kepada Barisan Nasional pada PRN negeri Sabah 2018, apabila BN menang 29 kerusi dan Warisan-PH menang 21 kerusi.

Dia lupa dialah pemancing katak yang hebat yang merupakan penipu ‘mandat rakyat’.

Rakyat tidak perlukan pemimpin angkuh dan bongkak sebegini!

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: