(Video) WAJARKAH LAPORAN SPRM KE ATAS GABENOR SABAH?

Saya tampil membuat laporan ini kerana melihat Juhar ini telah melakukan salah guna kuasa untuk melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri secara berat sebelah. Harus diingat demokrasi sepatutnya dikehadapankan. Tidak ada setakat ini undang-undang yang melarang untuk wakil rakyat melompat. Itu kita kena akur, memang tidak ada lagi setakat ini. Seluruh Malaysia memang tidak ada.

(Video) SHAFIE APDAL AMAT LICIK DEMI KUASA, WALAUPUN DIA SEDAR WARISAN AKAN TUMBANG

Sayugia, timbul persoalan apakah rasionalnya untuk Shafie mengusulkan pembubaran DUN Sabah, dan dengan itu PRN terpaksa diadakan? Ironinya, ketika BN telah kalah semasa PRU14 dengan diikuti oleh sekumpulan ADUN yang melompat ke kem Warisan, TS Musa Aman tidak pula bertindak sebagaimana liciknya Shafie membubarkan DUN Sabah. Meskipun TS Musa Aman telah menubuhkan kerajaan negeri apabila BN memenangi majoriti DUN Sabah dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, tetapi beliau telah dipecat serta-merta setelah Shafie mendapat sokongan daripada ADUN yang melompat parti.

ANWAR MASIH MENIKUS DENGAN MAHATHIR

Kami ingin mengatakan kepada Anwar, jika kamu hendak menundukkan harimau, maka kamu hendaklah bertindak sebagai singa, bukannya menjadi kambing yang hanya berani menanduk-nanduk batu di hadapan kawanan kamu, tetapi terus tunduk di hadapan harimau tua yang tidak bertaring itu.

SETELAH PH PLUS TIDAK BERKESAN, DIA GUNAKAN PULA PH MINUS

Mahathir menjarah periuk nasi rakyat apabila hampir segalanya diswastakan, bekalan elektrik, bekalan air, lebuh raya swasta, hospital swasta, sistem kumbahan swasta, universiti swasta, TV swasta, telefon swasta, talian Internet swasta, sistem pengangkutan swasta dan macam-macam lagi. Lebih memeritkan hidup rakyat, Mahathir membiarkan pembangunan perumahan diswastakan sehingga harga rumah wewenangnya dinaikkan sehingga rakyat tidak mampu membeli.

WordPress.com.

Atas ↑