VIDEO – SHAFIE BIADAP DAN ANGKUH KERANA MENIDAKKAN RASA SYUKUR DYMM AGONG

Shafie mungkin masih dalam kepompong ‘ulu banat Sabah’ apabila dia lupa bahawa rakyat tidak pernah mahu memberikan mandat kepada kerajaan yang dipilih atas penipuan pembohongan, janji palsu dan fitnah. Shafie juga dengan angkuhnya mempersoalkan “Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak mandat itu. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka. Di mana nilai-nilai dalam hidup kita?” Sebagaimana dibuktikan oleh 6 PRK yang telah berlangsung sebelum PH tersungkur, rakyat termasuk pengundi Sabah di Kimanis, telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memberikan mandat pada PH-Warisan yang banyak membohongi rakyat. Malahan ada yang mengatakan bahawa PH membawa sial kepada negara kerana terlalu banyak kecelakaan yang dibuat oleh DAP-PH-Warisan yang mencabul amanah rakyat, dan memperkosa semangat perpaduan kaum. Itulah hakikat ‘mandat menipu rakyat’. ‘Mandat menipu rakyat’ PH terungkap dalam manifesto janji palsu, fitnah GST, fitnah 1MDB, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah DS Najib perompak, fitnah negara akan bankrap, dan seribu satu lagi pembohongan.

VIDEO – MUHYIDDIN PARANOIA DENGAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA PARLIMEN

Meskipun janji itu telah dihebohkan dalam beberapa sidang media, namun nampaknya Muhyiddin dan kabinetnya masih paranoia atau diburu ketakutan sehingga sidang parlimen 26 Julai ini, digazetkan hanya sebagai ‘sidang khas parlimen’. Ia dijenamakan sebagai sidang khas, kononnya tidak akan ada perbahasan sebagaimana sidang parlimen yang biasa diadakan. Bukan itu sahaja, sidang khas parlimen itu dihadkan kepada hanya 80 ahli parlimen (AP) dengan 44 AP daripada pihak kerajaan, manakala hanya 36 AP daripada pihak pembangkang pada setiap satu sesi daripada jumlah lima sesi bagi selama lima hari persidangan.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: