VIDEO – SHAFIE BIADAP DAN ANGKUH KERANA MENIDAKKAN RASA SYUKUR DYMM AGONG

Shafie mungkin masih dalam kepompong ‘ulu banat Sabah’ apabila dia lupa bahawa rakyat tidak pernah mahu memberikan mandat kepada kerajaan yang dipilih atas penipuan pembohongan, janji palsu dan fitnah. Shafie juga dengan angkuhnya mempersoalkan “Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak mandat itu. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka. Di mana nilai-nilai dalam hidup kita?” Sebagaimana dibuktikan oleh 6 PRK yang telah berlangsung sebelum PH tersungkur, rakyat termasuk pengundi Sabah di Kimanis, telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memberikan mandat pada PH-Warisan yang banyak membohongi rakyat. Malahan ada yang mengatakan bahawa PH membawa sial kepada negara kerana terlalu banyak kecelakaan yang dibuat oleh DAP-PH-Warisan yang mencabul amanah rakyat, dan memperkosa semangat perpaduan kaum. Itulah hakikat ‘mandat menipu rakyat’. ‘Mandat menipu rakyat’ PH terungkap dalam manifesto janji palsu, fitnah GST, fitnah 1MDB, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah DS Najib perompak, fitnah negara akan bankrap, dan seribu satu lagi pembohongan.

MAHATHIR SUDAH TIADA HARGA BAGI DAP KERANA BEBAL DAN ANGKUH

Sepatutnya Mahathir mengangkat hak Melayu dalam konteks ‘kontrak sosial’ yang diikat antara kaum ‘pendatang’ dan kaum ‘peribumi’ kerana seperti yang diperakui oleh mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan, tidak ada mana-mana negara Asia yang mahu menerima pendatang Cina dan India.

(Video) ADAKAH MUSIBAH SUMPAH LAKNAT DS NAJIB SEDANG MELANDA PH?

Sumpah laknat sememangnya tidak terkesan dalam konteks ‘proceeding’ mahkamah. Sebaliknya ia signifikan kepada persepsi umat Islam, kerana sumpah yang bersandarkan kepada nama Allah, membuktikan pengakuan yang tulen daripada hamba-Nya untuk menafikan fitnah, apatah lagi apabila sumpah tersebut dilakukan dengan bersaksikan  al-Quran Nur Karim. Seorang ahli politik DAP pernah mendabik dada mencanangkan bahawa ‘langkah mayat kami... Continue Reading →

(Video) GELOMBANG BIRU SUDAH MELANDA KAKI GUNUNG KINABALU

Kemenangan BN di Kimanis sudah dijangkakan, meskipun sebelumnya beberapa ramalan memihak kepada calon Warisan. Dengan majoriti 2,029, Datuk Mohamad Alamin dari UMNO boleh dikatakan telah menang selesa mengalahkan Datuk Karim Bujang dari Warisan. Keputusan Rasmi PRK Kimanis Dengan kemenangan berulang yang memihak kepada BN, terbangkit tanggapan bahawa, PRK Kimanis 2020 adalah satu kelemahan SPR yang... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: