VIDEO – PKR TOLAK MUDA, AMANAH HILANG CEMBURU, TAPI DAP KECEWA KERANA MUDA ADALAH ‘ANAK IKAN’ YANG DIBELANYA

Apa lagi dolak-dalik yang mahu Saddiq putar apabila kenyataannya seia-sekata dengan ideologi ‘Malaysians’ Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP sejak hari pertama DAP ditubuhkan oleh golongan bekas gerila komunis. Pemuda Amanah juga berasa amat cemburu dan tidak selesa dengan kemanjaan yang diberikan oleh DAP kepada MUDA, sedangkan sebelum ini DAP menjadi alat untuk menarik kaum Melayu-Islam memilih DAP. Dahulu Saddiq menjadi ‘sugar baby’ PPBM, dan kali ini dengan sifat ‘jalangnya’ Saddiq mahu pula bersama dengan DAP. Malangnya PKR melalui Angkatan Muda Keadilan menentang kemasukan MUDA ke dalam PH, dan Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim juga menyampah dengan keangkuhan Saddiq.

VIDEO – SHAFIE BIADAP DAN ANGKUH KERANA MENIDAKKAN RASA SYUKUR DYMM AGONG

Shafie mungkin masih dalam kepompong ‘ulu banat Sabah’ apabila dia lupa bahawa rakyat tidak pernah mahu memberikan mandat kepada kerajaan yang dipilih atas penipuan pembohongan, janji palsu dan fitnah. Shafie juga dengan angkuhnya mempersoalkan “Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak mandat itu. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka. Di mana nilai-nilai dalam hidup kita?” Sebagaimana dibuktikan oleh 6 PRK yang telah berlangsung sebelum PH tersungkur, rakyat termasuk pengundi Sabah di Kimanis, telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah memberikan mandat pada PH-Warisan yang banyak membohongi rakyat. Malahan ada yang mengatakan bahawa PH membawa sial kepada negara kerana terlalu banyak kecelakaan yang dibuat oleh DAP-PH-Warisan yang mencabul amanah rakyat, dan memperkosa semangat perpaduan kaum. Itulah hakikat ‘mandat menipu rakyat’. ‘Mandat menipu rakyat’ PH terungkap dalam manifesto janji palsu, fitnah GST, fitnah 1MDB, fitnah hutang negara RM1 trilion, fitnah DS Najib perompak, fitnah negara akan bankrap, dan seribu satu lagi pembohongan.

DAP BERLAGAK SEPERTI ‘BIG BOSS’ DALAM PH

Tidak ada mana-mana kerajaan di dunia ini yang diperintah oleh parti yang paling kecil jumlah ahli parlimennya (AP) kecuali Bersatu baik semasa dalam PH dan kini PN. Tidakkah kerana faktor negara diperintah oleh parti ‘melukut di tepi gantang’ itulah yang menjadikan negara tidak stabil? Keadaan bertambah getir, apabila ketika PH berkuasa, parti DAP mempunyai suara terbesar kerana PH mempunyai AP bukan-Melayu paling ramai dan mereka amat menyokong DAP.

(Video) SOALAN KEPADA ONG KIAN MING, DAP YANG BERDILEMA ATAU UMNO?

Oleh Dr Mamat Desa Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming telah menerbitkan pandangan genjotnya dalam Malaysiakini melalui dua siri artikel yang membangkitkan ‘Dilema UMNO dalam kerajaan PN.’ Hakikatnya kerajaan ‘tanpa DAP’ melalui Perikatan Nasional (PN), telah menyebabkan kegelabahan, dan dilema bangat kepada DAP. https://www.youtube.com/watch?v=mCi8nDPmzM4 Lebih besar lagi dilema DAP, apabila Bersatu... Continue Reading →

(Video) PEMIMPIN PH KINI KEPANASAN KERANA GAGAL BANTU RAKYAT SEMASA MEREKA BERKUASA

Oleh Dr Mamat Desa Ketika wabak COVID-19 tercetus di China, kerajaan PH terutamanya pemimpin tertinggi mereka telah mempersendakan kemasukan tanpa kawalan pelancong China, yang ada antara mereka berpotensi membawa bersama virus COVID-19. Mahathir yang pernah mengaku dirinya sebagai ‘boneka’ DAP, berseloroh mengatakan “di manakah kerajaan hendak letakkan dua juta pelancong China, adakah di kandang lembu?”... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑