(Video) PEMIMPIN PH KINI KEPANASAN KERANA GAGAL BANTU RAKYAT SEMASA MEREKA BERKUASA

Oleh Dr Mamat Desa

Ketika wabak COVID-19 tercetus di China, kerajaan PH terutamanya pemimpin tertinggi mereka telah mempersendakan kemasukan tanpa kawalan pelancong China, yang ada antara mereka berpotensi membawa bersama virus COVID-19.

Mahathir yang pernah mengaku dirinya sebagai ‘boneka’ DAP, berseloroh mengatakan “di manakah kerajaan hendak letakkan dua juta pelancong China, adakah di kandang lembu?”

Ada dalam kalangan warganet membidas bahawa sewajarnya orang yang masuk ke Malaysia membawa virus pembunuh sewajarnya diletakkan di kandang lembu.

Lebih daripada itu, pemimpin PH semasa mereka masih berkuasa, langsung tidak peka dan prihatin terhadap kesengsaraan rakyat baik dari aspek ekonomi negara yang merudum, nilai ringgit yang jatuh dan memberi dampak kepada kenaikan harga barang keperluan yang diimport, kos sara hidup yang melonjak, pekerja industri yang diberhentikan, penjawat awam yang dibuang kerja, dan seribu satu lagi gejala ekonomi yang menghimpit rakyat.

Apa yang mereka hebohkan ialah bantuan e-Tunai RM30 yang tiada apa-apa ertinya kepada rakyat. Malahan timbul pula skandal data maklumat peribadi yang dicuri daripada senarai penerima e-Tunai itu.

Beberapa hari lalu, meskipun belum sebulan PN menerajui kerajaan, sejak TS Muhyiddin Yassin ditabalkan sebagai PM, 12 program bantuan untuk meredakan cengkaman kesempitan ekonomi rakyat telah dilaksanakan.

Program bantuan tersebut adalah:

1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April berjumlah RM662 juta

2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan membabitkan RM375 juta

3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA dan diskaun khas 30% sewaan premis MARA

4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini (dipercepatkan) berjumlah RM150 juta

5. Bantuan RM600 untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak

7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan sewaan percuma premis perniagaan dan bayaran gaji penuh kepada 500 pekerja harian DBKL semasa PKP

8. Elaun khas kepada petugas perubatan RM400 sebulan kepada doktor dan petugas perubatan

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai untuk sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan

10. Penangguhan pembayaran pinjaman bank seperti CIMB Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan.

11. Bajet tambahanRM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri untuk golongan hasnaf dan yang layak

Tindakan kerajaan PN jauh berbeza dengan dasar pemimpin tua PH yang mahu rakyat miskin mengikat perut.

Pemimpin yang mengaku menjadi ‘boneka’ DAP itu juga telah mengeluarkan ‘arahan’ agar mana-mana kementerian tidak memberikan bantuan kewangan kepada rakyat miskin kerana percaya bantuan seperti itu akan terus menyebabkan mereka miskin.

Dimuat naik daripada YouTube

Semalam (23 Mac) pula, PM TS Muhyiddin mengumumkan kemudahan rakyat pengeluaran caruman Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban kos saraan hidup.

Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Kemudahan tersebut membabitkan dana berjumlah RM40 billion sebagai membantu meringankan rakyat yang mempunyai simpanan KWSP.

Ia adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Ironinya pemimpin PH seperti Ketua Pemuda Amanah cuba meraih populariti dengan kritikan terhadap kerajaan baru PN dengan kenyataan “Bukan masa untuk kedekut, beri setiap keluarga RM1,500 sebulan.”

Pemimpin PH ini lupa tentang pesanan Mahathir supaya jangan membantu rakyat miskin, dan biarkan mereka berusaha berdikari!

Selain Mahathir, Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng juga pernah mengingatkan rakyat supaya tidak mengharapkan bantuan wang percuma daripada kerajaan.

Adakah Ketua Pemuda Amanah itu pernah bersuara kepada kerajaan PH dahulu ketika rakyat menderita kehilangan kerja, kenaikan kos sara hidup, bursa saham terburuk dalam dunia, ekonomi negara merudum tercorot di Asia Tenggara, serta hutang negara di bawah kerajaan PH terus meningkat dan rizab BNM juga merosot teruk?

Pemimpin PH harus buka mata apabila beberapa hari lalu, harga petrol turun mendadak di bawah pemerintahan kerajaan PN.

Ia satu kejutan kerana penurunan harga petrol adalah merupakan janji palsu DS Anwar Ibrahim yang tidak tertunai sebelum PRU14, dan dia sememangnya popular sebagai kaki bohong.

Dimuat naik daripada YouTube

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan, harga petrol RON95 telah diturunkan sebanyak 38 sen daripada RM1.82 kepada RM1.44 seliter.

Penurunan harga RON97 adalah tertinggi iaitu sebanyak 36 sen daripada RM2.10 kepada RM1.74 seliter.

Malah harga RON95 dijangkakan akan terus turun sehingga RM1.32 sen seliter.

Nampaknya pemimpin PH sedang kepanasan kerana pembohongan dan janji palsu mereka terus terbongkar.

Lebih parah lagi apabila mereka diserang rakyat kerana menjual harta negara seperti Khazanah dan TH wewenangnya.

Kini rakyat tertanya-tanya ke mana perginya wang jualan aset negara dalam tempoh satu setengah tahun yang berjumlah lebih RM36 bilion?

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: