Editor
3 Oktober 2022

Presiden MUDA atau Parti ‘Malaysian United Democratic Alliance’, Syed Saddiq yang cuba selindungi nama parti yang cenderung dengan ideologi DAP dengan akronim MUDA, fikir gelangang politik adalah pentas debat yang akan memenangkan kaki kelintong dan putar alam dengan fakta-fakta auta.
Lihatlah bagaimana dia fikir partinya menjadi idola anak-anak muda Melayu, sedangkan dia telah diterajang di PRN Johor kerana anak-anak muda Melayu sedar bahawa falsafah politik yang dikendongnya adalah ‘carbon copy’ falsafah DAP.

Apa lagi dolak-dalik yang mahu Saddiq putar apabila kenyataannya seia-sekata dengan ideologi ‘Malaysians’ Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP sejak hari pertama DAP ditubuhkan oleh golongan bekas gerila komunis.

Bukan itu sahaja, Saddiq merelakan minuman arak sebagai simbol keraian, merelakan gambar bersama wanita bukan muhrim di atas katil, dan kemungkaran lain yang menjunjung liberalisme anak-anak muda barat.

Lantas kemanakah Saddiq mahu mengheret anak-anak muda Melayu.
Pemuda Amanah juga berasa amat cemburu dan tidak selesa dengan kemanjaan yang diberikan oleh DAP kepada MUDA, sedangkan sebelum ini DAP menjadi alat untuk menarik kaum Melayu-Islam memilih DAP.

Perubahan sikap DAP terhadap Amanah dan layanan istimewa terhadap MUDA menunjukkan bahawa DAP sudah hilang kepercayaan terhadap fungsi Amanah.
Sebagaimana ditonjolkan oleh media semasa PRN Johor, Saddiq dengan angkuhnya menuntut daripada PKR kerusi selamat untuk calon-calonnya bertanding.
Bukan itu sahaja, dia mengugut agar kerusi DUN tertentu diberikan kepadanya, jika tidak maka partinya bersedia bertembung dengan PKR, sebagaimana dia telah buktikan di Larkin.

Walau bagaimanapun calon BN telah menang di Larkin. Namun persoalannya bukan siapa yang menang tetapi sikap biadap dan egosentrik MUDA yang bebal dan angkuh.
MUDA telah meletakkan calon di enam kawasan DUN Melayu, kerana kononnya dia mempunyai ‘pulling factor’ atau ‘faktor tarikan’ dalam kalangan anak-anak muda, tetapi sebaliknya, sebagaimana kebolehannya berdebat dengan ‘fakta auta’, M
UDA telah kalah kecuali di DUN Puteri Wangsa yang hakikatnya adalah kawasan majoriti Cina.

MUDA adalah parti setahun jagung yang masih belum ada akar umbi yang kukuh berbanding PKR, Amanah dan DAP, malahan jika dibandingkan dengan BN-UMNO, Bersatu dan PAS sekalipun.
Dengan itulah menjelang PRU15 ini MUDA terpaksa lagi sekali mengendeng mengharapkan belas-kasihan PH, namun dengan kerasnya ditolak oleh PKR serta rasa cemburu Amanah.
Hanya DAP sahaja yang mahu MUDA ditarik masuk ke dalam PH, kerana DAP melihat Amanah tidak mampu mempengaruhi kaum Melayu.

Dasar DAP yang mahu ‘use Malays to screw the Malays’ tetap tegar dalam perjuangan mereka, malahan DAP masih berusaha untuk meratifikasikan ICERD dan Satut Rom sebagaiman kenyataan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang.
MUDA dan Syed Saddiq memerlukan ‘funder’ dan dengan itulah dia terpaksa bermanja dengan DAP yang dikelilingi oleh taiko-taiko kapitalis Cina.
Lihatlah bagaimana Saddiq menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong di Johor Baharu semasa pencalonan PRN, sedangkan sebagai Presiden MUDA sepatutnya dia bersama-sama dengan calon MUDA.
Lihatlah juga bagaimana dia terpaksa memohon perlindungan peguambela DAP dalam 3 pertuduhan dan jika sabit dengan kesalahan dia boleh dikenakan penjara maksimum 30 tahun.

Walaupun belum diterima masuk ke PH, Saddiq sudah menuntut 15 kerusi Parlimen daripada PH untuk bertanding pada PRU15.
Saddiq salah perhitungan, kerana situasi PRU15 tempoh hari telah memberikan kejayaan kepada PH adalah berbeza dengan senario politik PRU15, apabila rakyat sudah sedar tentang janji palsu, fitnah dan pembohongan PH. Malah rakyat tertipu dengan Tun Mahathir yang mengaku bahawa dia adalah ‘PM boneka DAP’.

Dahulu Saddiq menjadi ‘sugar baby’ PPBM, dan kali ini dengan sifat ‘jalangnya’ Saddiq mahu pula bersama dengan DAP.
Malangnya PKR melalui Angkatan Muda Keadilan menentang kemasukan MUDA ke dalam PH, dan Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim juga menyampah dengan keangkuhan Saddiq.
******
Tinggalkan Jawapan