DAP BERLAGAK SEPERTI ‘BIG BOSS’ DALAM PH

Oleh Dr Rahmany Gazelle

14 Mei 2021

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang pernah diangkat sebagai Timbalan Menteri Pertahanan PH telah membidas UMNO kononnya berlagak seperti ‘abang besar’ sehingga menyebabkan politik Malaysia tidak stabil.

Kosa kata ‘abang besar’ itu bersinonim dengan istilah ‘big boss’ sebagaimana filem Bruce Lee yang menjadi kebanggaan perfileman Kungfu China suatu ketika dahulu.

Anehnya kenapa pula UMNO menjadi punca politik Malaysia tidak stabil, sedangkan UMNO-BN bukan lagi parti pemerintah?

Yang menjadi parti pemerintah sekarang ialah PN yang didominasi oleh parti ‘melukut di tepi gantang’ iaitu Bersatu.

Tidak ada mana-mana kerajaan di dunia ini yang diperintah oleh parti yang paling kecil jumlah ahli parlimennya (AP) kecuali Bersatu baik semasa dalam PH dan kini PN.

Tidakkah kerana faktor negara diperintah oleh parti ‘melukut di tepi gantang’ itulah yang menjadikan negara tidak stabil?

Keadaan bertambah getir, apabila ketika PH berkuasa, parti DAP mempunyai suara terbesar kerana PH mempunyai AP bukan-Melayu paling ramai dan mereka amat menyokong DAP.

AP bukan-Melayu dalam PKR juga dilihat berada di bawah telunjuk DAP, lantas DAP-lah yang berlagak seperti ‘abang besar’ atau ‘big boss’ yang kadangkala bertindak tidak mengikut protokol atau birokrasi kerajaan PH.

Dipetik daripada Google

Sebab itulah Tun Mahathir sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanyalah PM boneka DAP, kerana DAP berlagak seperti ‘big boss’.

Chin Tong berkata “Apabila UMNO menjadi pembangkang, ia harus memberi laluan kepada kerajaan baharu untuk mentadbir”, sedangkan semasa PH berkuasa, sedemikianlah lagak DAP terhadap Bersatu, PKR dan Amanah.

Tidakkah selama UMNO-BN berkuasa sejak 1957 sehingga 2018, parti yang dominan dan mempunyai AP terbanyak telah menjadi sandaran kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, keharmonian multieknik dan keselamatan rakyat?

Zuraida Kamaruddin yang merupakan rakan politik DAP yang juga bekas ‘Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan PH’ mendedahkan bahawa DAP-lah yang berlagak seperti ‘abang besar’ apabila Lim Guan Eng telah menggunakan dana Kementerian Kewangan sebagai peruntukan khas kepada kolej swasta tanpa melalui Kementerian Pendidikan.

Dimuat turun daripada YouTube

Bagi Zuraida, tindakan Setiausaha Agung DAP itu menunjukkan bahawa dia cuba mengukuhkan cengkamannya terhadap komuniti Cina.

Seperti terbuka pekung di dada PH, DAP-lah yang berlagak seperti ‘big boss’ yang cuba menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa mereka berkuasa dan mereka boleh wewenangnya menggunakan kuasa politik tersebut.

DAP juga berlagak mengetepikan prinsip dan dasar kerajaan dalam hal keselamatan negara kerana bersikap tidak acuh kepada ‘agenda halus’ pemimpin mereka yang menyebarkan fahaman komunisme di sekolah-sekolah.

Malah dalam kepimpinan DAP juga didakwa terdapat aktivis pengganas antarabangsa LTTE yang tidak dipedulikan DAP.

Tidakkah lagak DAP itu seperti ‘big boss’ sehingga menyebabkan Tun Mahathir merasa amat inferior lantas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri?

Beberapa bulan lalu, apabila PKR menghormati keputusan UMNO untuk terus menyokong PN, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP tidak berpuas hati dengan pendirian PKR itu.

Dimuat turun daripada YouTube

Tidakkah DAP cuba berlagak seperti ‘big boss’ dan tidak menghormati keputusan rakan politik dan sekaligus menggoyahkan kestabilan politik negara?

Dalam kes yang lain DS Hishamuddin Hussein membidas DAP kerana mendahului PM Tun Mahathir ketika PH berkuasa, apabila Lim Guan Eng mengumumkan barisan kabinet PH yang sepatutnya menjadi tanggunjawab PM.

Tidakkah dengan itu DAP cuba berlagak sebagai ‘big boss’ ketika PH berkuasa?

Lagak DAP inilah yang menjadikan kuasa politik PH tidak stabil sehingga PH menjadi kerajaan yang paling singkat berkuasa di dunia yang memegang tampuk kerajaan hanya selama 22 bulan sahaja.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: