VIDEO – JANGAN KENDONG BIAWAK HIDUP

Editorial

16 Sept 2021

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, DS Hamzah Zainuddin supaya pendatang asing atau pekerja asing yang tiada dokumen tidak boleh diberikan kemudahan vaksinasi, kecuali setelah diluluskan kemasukan mereka oleh pihak imigresen, hendaklah disokong oleh pihak pembangkang.

Sebelum ini, empat belas Ahli Parlimen pembangkang telah membantah usaha pihak berkuasa menangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah, malahan terus membantu mereka untuk divaksinasi tanpa apa-apa tindakan pihak imigresen.

Tindakan sedemikian nampaknya seperti membatalkan undang-undang sedia ada dan bantahan genjot pihak pembangkang itu ibarat menggesa kerajaan mengendong biawak hidup.

Malahan golongan pekerja asing yang masuk tanpa dokumen dan menjadi penyumbang kepada jangkitan Covid19 pada ‘kluster tempat kerja’ mahupun yang negatif jangkitan Covid19 hendaklah dihantar kembali ke negara asal atau dikenakan hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

Jangan pula kerana Covid19, mereka ini diberikan kelonggaran untuk terus berada di negara ini, dan terus menjadi beban negara.

Majikan hendaklah mengutamakan pekerja tempatan daripada mengendong biawak hidup sedemikian.

Dasar kerajaan menangkap golongan pekerja asing yang tiada dokumen hendaklah dikekalkan dan diteruskan dan jangan dikecualikan hanya kerana hendak menyelamatkan mereka daripada Covid19 serta menunjukkan sikap kemanusiaan yang tidak wajar.

Malahan terdapat antara pekerja asing yang ada dokumen yang sah, tetapi tetap tidak mahu menerima vaksinasi, hendaklah juga dihantar pulang ke negara asal dan dibatalkan permit kerja mereka.

Bagi golongan pekerja asing yang sememangnya tiada dokumen sah atau yang masuk secara haram, lantas takut untuk hadir di pusat vaksinasi, maka hendaklah juga dikenakan tindakan tegas penahanan, sebagaimana kenyataan DS Hamzah Zainuddin.

Mungkin mereka boleh diberikan altermatum untuk tempoh masa tertentu bagi mendapatkan vaksin Covid19, namun sekiranya mereka masuk secara haram, undang-undang sedia ada hendaklah kekal dilaksanakan.

Jika masih juga berdegil tidak ada usaha untuk mendapatkan vaksinasi, maka golongan pekerja asing ini hendaklah dihantar pulang atau dikenakan tindakan undang-undang untuk penahanan.

Bukan itu sahaja, malahan tindakan tegas penahanan juga hendaklah diambil ke atas majikan yang gagal memastikan pekerja asing yang mereka gajikan mengambil vaksin.

Ahli parlimen pembangkang yang menyarankan kelonggaran kepada pekerja asing sama ada yang ada dokumen atau tidak, hendaklah sedar bahawa bilangan kemasukan mereka adalah tinggi sama ada yang ada permit kerja mahupun yang tiada permit kerja.

Nampaknya golongan ahli pembangkang cuba menjadi pembela kepada golongan kapitalis yang ramai menggajikan pekerja asing di kilang-kilang perusahaan milik mereka.

Pihak berkuasa juga jangan lupa bahawa kadar jangkitan Covid19 di Bangladesh, Myanmar, Indonesia, India mahupun China adalah tinggi dan kritikal.

Amatlah dungu sekiranya kerajaan bersungguh-sungguh berusaha dalam program menyekat pandemik Covid19 tetapi memberikan laluan kepada mereka untuk turut meloloskan kemasukan virus bahaya itu.

Covid19, tidak memilih status pendatang haram atau yang masuk secara legal, serta sama ada warganegara atau warga asing.

Pihak pembangkang yang cuba membela pekerja asing yang masuk secara haram hendaklah sedar bahawa Malaysia bukanlah pusat kelahiran Covid19, sebaliknya pandemik ini adalah virus yang diimport dari luar.

Satu tindakan yang pragmatik bagi KKM dalam program vaksinasi pekerja asing ialah dengan mengambil tindakan mobiliti iaitu membuka pusat-pusat vaksinasi di kilang-kilang tempat mereka bekerja.

Namun ‘front liners’ KKM hendaklah disertai bersama oleh pihak imigresen atau pihak PDRM bagi memastikan bahawa pekerja asing yang bekerja mempunyai dokumen yang sah serta permit kerja.

Kerajaan usah sekali-kali mengendong biawak hidup atau kera dihutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: