Editorial
25 Julai 2021
Adakah pihak pemerintah mempunyai agenda tersendiri yang diterjemahkan oleh beberapa media dalam talian sebagai ‘pendakwaan terpilih’ ke atas Syed Saddiq, sedangkan kes terhadap pemimpin lain didiamkan sahaja?
Bukanlah tujuan kami mahu membela Saddiq, tetapi amat perlu dipastikan bahawa sistem perundangan negara tidak kembali kepada apa yang dilabelkan semasa PH berkuasa sebagai ‘sistem undang-undang rimba’.
Seandainya pihak PN sudah maklum dan dimaklumkan tentang pengkhianatan dan penghinaan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas terhadap sistem kehakiman negara, mengapakah ia harus dipertangguhkan lagi?

Selain itu sudah ada perbincangan dan perdebatan ke atas kes-kes terpilih yang digugurkan oleh Tommy Thomas semasa dia berkuasa sebagai Peguam Negara, tetapi mengapakah tiada tindakan diambil?
Sebagai contoh tuduhan kes aktivis LTTE ke atas pemimpin DAP digugurkan begitu sahaja, sedangkan Siti Noor Aishah yang hanya menyimpan buku perjuangan Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) telah dijatuhi penjara lima tahun oleh pihak mahkamah.

Kami tiada niat hendak menghina mahkamah, tetapi kami mahu bertanya adakah tindakan yang setimpal dikenakan kepada pemimpin DAP yang secara terang-terangan terlibat dengan aktivis LTTE, sebaliknya digugurkan kes begitu sahaja sedangkan Siti Noor merengkok di penjara selama lima tahun.
Ia juga boleh menjadi kes perkauman kerana dalam kedua-dua kes berkenaan melibatkan latar kaum berbeza di samping latar politik yang juga berbeza.

Kes pembunuhan anggota Bomba Almarhum Adib Mohamad Kassim juga didiamkan begitu sahaja, sedangkan pembunuh daripada kaum India di Kuil Mariaman digugurkan begitu sahaja. Ia bukan sahaja mengejutkan umat Islam, malahan pihak PDRM juga tercengang dengan tindakan Tommy Thomas.
Adakah Tommy Thomas ini rasis dan menggunakan kuasanya sebagai Peguam Negara secara wewenang?

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim juga membangkitkan kemusykilan beliau apabila kes rasuah pembelian banglo mewah Lim Guan Eng digugurkan begitu sahaja.
Sewajarnya PN buka semuala dengan kadar segera.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) juga telah membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa oleh bekas MB Perak DS Ahmad Faizal Azumu.
Putra membuat laporan itu susulan beberapa projek penerokaan hutan dan pasir yang didakwa diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan bekas MB Perak.
Pendedahan tersebut dilihat membimbangkan apabila pemberian tanah itu melibatkan lebih 1,200 hektar tanah di seluruh negeri.

Difahamkan banyak lagi kelulusan tanah diberi kerajaan Perak kononnya untuk pembangunan ladang hutan tetapi bertujuan mengambil kayu balak sehingga mengakibatkan masalah alam sekitar terutamanya di kawasan tadahan air.
Kononnya ada tender terbuka, tetapi bilakah tender diiklankan dan apakah dasar yang melayakkan sebuah syarikat tanpa pengalaman menguruskan tanah sedemikian?
Rakyat musykil adakah SPRM telah mengambil tindakan mengheret Faizal ke mahkamah supaya segala prasangka dan dakwaan terhadapnya boleh dibuktikan sama ada benar sebagaimana dakwaan Putra.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, juga telah membuat dua laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya rasuah membabitkan tokoh perniagaan, Koon Yew Yin serta beberapa individu dalam Kerajaan Negeri Perak.
Maklumat mengenai wujudnya unsur rasuah itu diperoleh berdasarkan artikel diterbitkan pada 2 November 2020 dalam blog milik tokoh perniagaan itu yang bertajuk ‘Perak Sultan has no right to stop my appointment as economic adviser’ (Sultan Perak tidak mempunyai kuasa menghentikan perlantikan saya sebagai penasihat ekonomi).
Kenyataan sedemikian juga diterjemahkan sebagai biadab terhadap DYMM Sultan Perak.
Artikel tersebut yang kemudian dipadamkan sendiri oleh Koon, telah menyatakan bahawa tokoh perniagaan itu mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebagai balasan, beliau dijanjikan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Perak.
Pengakuan itu jelas membuktikan berlakunya amalan rasuah membabitkan Koon dan Kerajaan Negeri Perak selain beberapa parti yang menerima dana sumbangan politik darinya.
Khairul Azam menggesa SPRM untuk menyiasat Koon atas jenayah rasuah yang diakui sendiri oleh beliau dalam artikel tulisannya sendiri.
Daripada wacana di atas, kerajaan PN hendaklah segera bertindak khususnya Peguam Negara supaya tidak ditanggapi sebagai urus tadbir kehakiman yang dilabelkan ‘undang-undang rimba’ seperti yang diamalkan PH semasa Tun Mahathir berkuasa, dan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
****
Kami suka membaca artikel blog tuan kerana kami dapati ia ada sumber rujukan yg menjamin tiada pembohongan dan pandangan bersifat fitnah drpd pihak tuan.
LikeLike