YANG MANA SATU BERITA PALSU?

Editorial

24 Julai 2021           

Dua hari lalu tersebar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dtk Saifuddin Abdullah bahawa Ordinan Antiberita Palsu berkesan mengurangkan penyebaran berita palsu setelah ia dikuatkuasakan pada Mac 2020.

Tahniah kepada YB Saifuddin, kerana rakyat tidaklah tertipu dengan berita-berita palsu.

Ordinan Antiberita Palsu berkesan mengurangkan berita palsu selepas ia dikuatkuasakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Daripada 282 kes berkaitan Covid-19 yang disiasat oleh polis sejak Mac 2020, hanya 29 kes disiasat di bawah ordinan tersebut.

Begitu juga, katanya Pasukan Respon Pantas yang ditubuhkan untuk menangani berita palsu hanya mengeluarkan 14 kenyataan menangani berita palsu tahun ini berbanding dengan 416 kenyataan yang dikeluarkan antara 24 Mac dan Disember 2020.

Namun, rakyat sedang perhatikan bahawa terdapat berita-berita daripada pihak kerajaan yang dilihat sebagai berita palsu, atau adakah ia bukan berita palsu tetapi berita bohong.

Misalnya Harakah menyiarkan berita bahawa “Malaysia tidak gagal dalam perjuangan tangani Covid19”.

Dalam berita tersebut, PAS menyelar dakwaan segelintir pihak yang menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dalam menangani wabak Covid-19.

Dengan kata-kata lain, Malaysia tidak gagal. Adakah ini berita benar atau berita palsu@ berita bohong?

Sedangkan data daripada ‘World Meters Info -Coronavirus’ menunjukkan bahawa pada 21 Julai 2021, jumlah kematian harian akibat jangkitan Covid19 adalah tertinggi di dunia mengikut purata kadar per juta penduduk.

Pola jumlah kematian itu bukanlah hanya pada 21 Julai tetapi terus berlanjutan, malahan meningkat naik pada 23 Julai dengan kadar jangkitan tertinggi harian 15,573 dengan kes kematian kumulatif 7,718.

Ada yang membandingkan jumlah kematian harian Malaysia dengan United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Perancis mengikut data terkini, dan membuat kesimpulan bahawa terbukti keadaan kes Covid19 di Malaysia adalah lebih baik daripada negara-negara berkenaan.

Perbandingan sedemikian adalah satu propaganda yang boleh diterjemahkan sebagai ‘berita palsu.’

Sememangnya angka kematian menunjukkan kes kematian di Malaysia adalah jauh lebih rendah.

Tetapi ‘berita palsu’ ini memalsukan fakta kerana tidak melihat jumlah kematian mengikut kadar per juta penduduk.

Malahan terdapat negara yang dibandingkan itu, mengeluarkan data bahawa kadar kematian akibat Covid19 adalah jauh lebih rendah daripada kematian selsema biasa.

Selain itu, pada 14 Jun, Ketua Pengarah Kesihatan, TS Dr Noor Hisham telah mengeluarkan kenyataan bahawa sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kepada penularan Covid19 dalam kategori kluster tempat kerja.

Sehingga pada tarikh berita itu disiarkan, sektor perkilangan telah mencatatkan 95,156 kes jangkitan.

Sebaliknya pada 29 Jun, terbit pula berita daripada Menteri MITI, DS Azmin Ali yang berkata, sektor perkilangan bukan kluster utama dalam kes penyebaran Covid19.

Sebaliknya pada 3 Julai DP Rafidah Aziz telah menempelak Azmin atas berita yang menyiarkan kenyataan Azmin bahawa kilang tidak patut dipersalahkan atas peningkatan kluster Covid-19 di tempat kerja.

Lantas, adakah KKMM tidak attentif dan tidak analitis dalam hal menentukan berita palsu@bohong dan berita benar.

MalaysiaKini, pada 23 Julai telah menyiarkan berita luahan rasa seorang doktor Malaysia yang kecewa dan putus asa dalam usahanya membantu mangsa Covid19.

Doktor tersebut menyatakan bahawa “Majoriti pesakit saya datang dari kilang. Malah ada antara mereka sudah positif (Covid19) beberapa hari tetapi dipaksa bekerja dan mereka bekerja (bercampur) dengan orang lain. Ini gila.”

Lantas, berita manakah yang benar dan berita manakah yang palsu, tentang sektor perkilangan sebagai penyumbang utama penularan Covid19?

Apa yang rakyat dan khalayak media perhatikan ialah, sekiranya sesuatu berita itu membawa mesej yang positif terhadap pihak kerajaan, meskipun ia palsu, maka ia bukan satu kesalahan di bawah Ordinan Antiberita Palsu.

Nampaknya ordinan tersebut tidaklah berkesan sebagaimana YB Menteri Saifuddin dakwa. Adakah inipun satu lagi berita palsu?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: