PN TOLONG JANGAN ULANGI UNDANG-UNDANG RIMBA PH

Adakah pihak pemerintah mempunyai agenda tersendiri yang diterjemahkan oleh beberapa media dalam talian sebagai ‘pendakwaan terpilih’ ke atas Syed Saddiq, sedangkan kes terhadap pemimpin lain didiamkan sahaja? Seandainya pihak PN sudah maklum dan dimaklumkan tentang pengkhianatan dan penghinaan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara, mengapakah ia harus dipertangguhkan lagi? Selain itu sudah ada perbincangan dan perdebatan  ke atas kes-kes terpilih yang digugurkan oleh Tommy Thomas semasa dia berkuasa sebagai Peguam Negara, tetapi mengapakah tiada tindakan diambil? Sebagai contoh kes aktivis LTTE ke atas pemimpin DAP digugurkan begitu sahaja, sedangkan Siti Noor Aishah yang menyimpan buku perjuangan Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) telah dijatuhi penjara lima tahun oleh pihak mahkamah.

WAYTHA MOORTHY MESTI DILUCUTKAN JAWATAN MENTERI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy yang juga merupakan Pengerusi Hindraf, serta Ahli Parlimen DAP Kota Kemuning, Ganabatirau, dinasihatkan meletakkan jawatan serta-merta kerana dilihat bertanggung jawab atas kematian Almarhum Muhammad Adib Mohd Kassim (AlFatihah). Gesaan sedemikian juga telah dibuat oleh Pemuda UMNO dan pertubuhan PERKASA, melalui media arus perdana. Di samping itu, Presiden UMNO... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: