PELANTIKAN FAIZAL AZUMU SEBAGAI PENASIHAT KHAS PM ADALAH PENGHINAAN KEPADA ISMAIL SABRI

Mengapakah perlu melantik penasihat khas bertaraf menteri sekiranya Muhyiddin sudah ada Timbalan PM yang tugas hakikinya adalah membantu dan menasihati PM? Tidakkah ia sebagai satu penghinaan kepada DS Ismail Sabri? Timbul juga persoalan kenapakah pelantikan Faizal harus bertaraf menteri? Adakah kerana kedudukan Faizal yang tidak lagi dilihat sebagai kredibel setelah diggugurkan sebagai MB Perak? Namun suatu perkara yang jelas menunjukkan sikap hipokrit Faizal ialah pembohongannya apabila dalam profil calon PRU14 tercatat latar akademiknya sebagai lulusan Ijazah Kajian Perniagaan, Univesity of Edith, Cowan, Australia. Lantas, mengapa Muhyiddin mahu melantik orang yang ‘tidak pandai’ kalau tidak bodoh, seperti Faizal ini untuk menjadi penasihat khas?

PN TOLONG JANGAN ULANGI UNDANG-UNDANG RIMBA PH

Adakah pihak pemerintah mempunyai agenda tersendiri yang diterjemahkan oleh beberapa media dalam talian sebagai ‘pendakwaan terpilih’ ke atas Syed Saddiq, sedangkan kes terhadap pemimpin lain didiamkan sahaja? Seandainya pihak PN sudah maklum dan dimaklumkan tentang pengkhianatan dan penghinaan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara, mengapakah ia harus dipertangguhkan lagi? Selain itu sudah ada perbincangan dan perdebatan  ke atas kes-kes terpilih yang digugurkan oleh Tommy Thomas semasa dia berkuasa sebagai Peguam Negara, tetapi mengapakah tiada tindakan diambil? Sebagai contoh kes aktivis LTTE ke atas pemimpin DAP digugurkan begitu sahaja, sedangkan Siti Noor Aishah yang menyimpan buku perjuangan Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) telah dijatuhi penjara lima tahun oleh pihak mahkamah.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: