KIT SIANG PATUT RASA MALU DENGAN PM ISMAIL SABRI

Sepatutnya kenyataan Ismail itu membangkitkan rasa malu tidak terhingga terhadap Lim Kit Siang kerana semasa DAP-PH berkuasa undang-undang adalah bersifat terpilih. Sekiranya yang didakwa itu adalah orang DAP, bangsa DAP, rakan sekongkol DAP-PKR-Amanah-Bersatu, maka mereka akan terlepas. Lihatlah apa berlaku kepada tuduhan rasuah pembelian banglo anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, apabila mahkamah membebaskannya begitu sahaja sehingga SPRM pun terkejut dengan keputusan tersebut.

VIDEO – SEGERA TUBUHKAN RCI KERANA RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN FITNAH MAHATHIR

Tun Mahathir seharusnya sedar bahawa dialah PM pertama yang masuk campur urusan badan kehakiman dan perundangan negara, sebagai pencabulan kepada prinsip pengasingan kuasa parlimen seperti yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad. Apa yang terjadi kepada Hakim TS Mohd Azmi Kamaruddin dan Hakim TS Harun Hashim? Atas asas apa Tun Mohd Eusoff Chin dan TS Zainal Abidin melangkau mereka? Sebelumnya, ia mengikut kekananan. Di samping itu, rakyat tidak lupa bagaimana Mahathir menyingkirkan Tun Salleh Abas.

VIDEO – MUHYIDDIN LETAK JAWATAN, SIAPA DAN APA SELEPAS INI?

Secara spiritualnya DS Najib Razaklah punca segalanya kerana dialah yang telah mengangkat sumpah laknat di Majid Kampung Baharu, sehingga satu persatu pemimpin yang menzaliminya terlingkup satu persatu. Malahan DS Najib telah melahirkan perakuannya pada Allah, bahawa sekiranya dia bersalah, dia memohon agar Allah juga melingkupkan hidupnya. Namun rakyat tidak nampak itu semua, yang rakyat lihat DS Najib tetap tabah, ceria dan aktif dengan caranya sendiri untuk membantu memperbaiki ekonomi negara, mahupun dalam hal menentang pandemik Covid19.

PN TOLONG JANGAN ULANGI UNDANG-UNDANG RIMBA PH

Adakah pihak pemerintah mempunyai agenda tersendiri yang diterjemahkan oleh beberapa media dalam talian sebagai ‘pendakwaan terpilih’ ke atas Syed Saddiq, sedangkan kes terhadap pemimpin lain didiamkan sahaja? Seandainya pihak PN sudah maklum dan dimaklumkan tentang pengkhianatan dan penghinaan bekas Peguam Negara, TS Tommy Thomas terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara, mengapakah ia harus dipertangguhkan lagi? Selain itu sudah ada perbincangan dan perdebatan  ke atas kes-kes terpilih yang digugurkan oleh Tommy Thomas semasa dia berkuasa sebagai Peguam Negara, tetapi mengapakah tiada tindakan diambil? Sebagai contoh kes aktivis LTTE ke atas pemimpin DAP digugurkan begitu sahaja, sedangkan Siti Noor Aishah yang menyimpan buku perjuangan Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) telah dijatuhi penjara lima tahun oleh pihak mahkamah.

VIDEO – SEGERA HERET TOMMY THOMAS KEPADA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA

Dalam bukunya, Tommy juga cuba mengheret AlMarhum Tun Abdul Razak sebagai pencetus 13 Mei, atas dakwaannya AlMarhum tidak mempunyai masa kerana bergelut dengan leukimia yang menyerangnya. Sepatutnya Tommy harus melihat siapakah yang terkinja-kinja mencari ruang untuk bertapak sebagai PM ketika itu sehingga Tunku Abdul Rahman difitnah dan dicerca dan Tun Hussein Onn digesa mengundur diri.

WordPress.com.

Atas ↑