SETELAH PH PLUS TIDAK BERKESAN, DIA GUNAKAN PULA PH MINUS

RENCANA UTAMA

Oleh Dr Mamat Desa

Setelah Pakatan Harapan (PH) tumbang, parti Warisan Sabah yang berada dalam kedudukan yang goyah, telah mengisytiharkan sokongan pada PH.

Lantas terbentuklah PH Plus (PH+) dengan Warisan bersamanya.

Pendirian Warisan juga berkaitan dengan usaha Tun Mahathir mencari sokongan majoriti untuk menjatuhkan TS Muhyiddin Yassin dengan usul ‘undi tidak percaya’.

Dengan itu juga terbentuk serpihan PPBM, iaitu Bersatu (hitam) yang hanya terdiri daripada 5 ahli parlimen yang diketuai Mahathir. Manakala satu lagi Bersatu (Merah), kumpulan majoriti PPBM yang menyokong TS Muhyiddin Yassin.

Kini setelah PKR menolak cadangan untuk melantik Mahathir sebagai PM Ke-9, Mahathir isytihar keluar daripada PH pula.

Lantas, dengan itu terbentuklah PH Minus (PH-) yang kehilangan parti komponennya iaitu Bersatu.

Sebagaimana dilaporkan oleh MStar, Mahathir menolak gabungan PH+ kerana tidak mahu dijadikan Menteri Mentor sebagaimana yang dicadangkan oleh DS Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, penganalisis melihat, itulah jawatan Mahathir yang tidak rasmi ketika Tun Abdullah Badawi dan DS Najib Tun Razak menjadi PM5 dan PM6.

Mahathir kepoh mencampuri urusan PM sehinggakan Tun Abdullah dan DS Najib merasakan mereka diperlakukan sebagaimana boneka yang harus mematuhi tarian yang digerakkan oleh Tok Dalang.

Mahathir memberi alasan bahawa dia mahu meninggalkan legasi pemerintahannya kepada Tun Abdullah dan DS Najib.

Hakikatnya legasi Mahathirlah yang telah merosakkan UMNO yang bermula daripada dasar penswastaan sejak tahun 1980-an yang penuh dengan penyakit nepotisme dan kronisme.

Mahathir menjarah periuk nasi rakyat apabila hampir segalanya diswastakan, bekalan elektrik, bekalan air, lebuh raya swasta, hospital swasta, sistem kumbahan swasta, universiti swasta, TV swasta, talian telefon swasta, talian Internet swasta, sistem pengangkutan swasta dan macam-macam lagi.

Lebih memeritkan hidup rakyat, Mahathir membiarkan pembangunan perumahan diswastakan sehingga harga rumah wewenangnya dinaikkan sehingga rakyat tidak mampu membeli.

The Star juga melaporkan bahawa ‘Tun Mahathir akan terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Kebanyakan penganalisis melihat DAP dan Amanah sememangnya ghairah untuk bersama Mahathir kerana sebagaimana pemimpin DAP akui, mereka hanya mahu menjadikan Mahathir kuda tua tunggangan mereka.

Malahan ketika PH berkuasa selama 22 bulan, Mahathir sendiri telah mengaku bahawa dia hanyalah ‘Boneka DAP’.

Agak lucu apabila Mahathir menegaskan beliau tidak akan berhubung dengan PKR atau Presidennya, untuk sebarang perbincangan mengenai kerjasama masa depan.

Lucu kerana betapa hipokritnya Mahathir apabila musuh besarnya dahulu iaitu Lim Kit Siang dan DAP boleh dingendeng ketika mahu bersama sebelum PRU14.

Kata Mahathir, “Sangat jelas bahawa mereka (PH) memerlukan undi orang Melayu untuk menang dan fikir saya boleh memberikan mereka undi orang Melayu kerana Bersatu.”

Kontradik kepada kenyataan Mahathir, Bersatu ditubuhkan atas cadangan Lim Kit Siang sebagaimana didedahkan oleh Datuk Hamidah Osman, dengan tujuan memecah-belahkan kuasa politik kaum Melayu. 

Tidakkah Mahathir petualang kepada kaum Melayu dan kuasa politik Melayu?

Kemenangan PH pada PRU14 bukanlah kerana faktor Mahathir seperti dibuktikan oleh dapatan kajian Invoke yang diperakui oleh orang kuat PKR, Rafizi Ramli.

Parti Mahathir tidak menunjukkan kesan memberangsangkan meskipun di Kedah, tempat kelahirannya, sekaligus membuktikan Mahathir bukanlah fa\ktor penentu kemenangan PH.

Sebaliknya apa yang rakyat lihat dan kesali ialah kemenangan PH telah ditegakkan atas faktor janji palsu, fitnah, manifesto tisu tandas (bukan watikah mulia harapan rakyat) dan pembohongan.

Kini, kenapakah Mahathir berkeras mahu menjadi PM Ke-9 meskipun hanya untuk 6 bulan sahaja?

Adakah Mahathir fikir Anwar mahupun rakyat dan pengundi Melayu mudah diperbodohkan?

Malahan Mahathir telah secara terang-terangan mengisytiharkan bahawa Anwar tidak layak diangkat menjadi PM.

Tapi rakyat ingin bertanya adakah Shafie Apdal layak diangkat sebagai PM sedangkan kes rasuah RM1.5 bilion akan dibuka semua?

Adakah Mukhriz juga layak untuk diangkat sebagai PM sedangkan sebagai MB Kedah pun dia tumbang, manakala kekayaan Mukhriz juga sedang dalam radar SPRM?

Apa muslihat Mahathir sebenarnya dan apakah yang dia hendak buat dalam tempoh 6 bulan sekiranya dalam tempoh 22 bulan pun dia telah membiarkan kerosakan yang parah kepada negara?

Malahan pembentukan PN adalah atas matlamat unggul untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan ‘Malaysia Baru-DAP’ yang penuh dengan penipuan, perompakan, kolusi, nepotisme dan kronisme. Mereka sebenar-benarnya adalah kerajaan kakistokrasi yang huru-hara dan lintang-pukang.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: