MUHYIDDIN TIDAK YAKIN PADA PAS, LANTAS CARI SEKUTU LAIN

Itu pun tidak cukup juga, lantas Muhyiddin gunakan taktik yang sama merayu dan memberi habuan pada PAS, sehingga melantik beberapa orang kuat PAS sebagai menteri dan Presiden PAS sebagai Duta Khas ke Timur Tengah juga bertaraf menteri. Di samping itu Muhyiddin terus mengatur pula strategi Langkah Carey untuk mencari sekutu baharu dari Pejuang, Warisan dan PH, kerana dia tidak lagi yakin dengan sekutunya, PAS dan Gerakan. Tapi DAP, Amanah dan Warisan sedar dengan gelagat pengkhianat yang tebal dalam DNA-nya, dan dengan itu awal-awal lagi mereka menolak Muhyiddin. Apatah lagi dendam mereka terhadapnya masih membara.

AHLI PARLIMEN LABUAN DEDAH UGUTAN LOMPAT KE PARTI BERSATU

Adakah pendedahan ini sebagai sebahagian daripada apa yang telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador tentang campurtangan eksekutif kerajaan terhadap badan perundangan? Kata TS Hamid, “..pergi Sabah, tiba-tiba kang dah sorang mengaku nak melompat. Cuba SPRM siasat benda-benda macam ni, siasat orang-orang (yang mengugut) ini.”

IBARAT JANDA PERASAN YANG GILA TALAK, BERSATU DITOLAK PH DI PRN JOHOR

Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan, Bersatu bukan pembangkang. “Tak bangkit, kita kata pembangkang, adakah Bersatu pembangkang?” soalnya semasa disoal pemberita tentang isu Bersatu hendak bersama PH. Nampaklah bahawa Bersatu sudah ‘bengong’ dan ‘meracau’ untuk merujuk kembali kepada PH dan sekiranya mereka membentuk kerajaan, pastinya akan terbentuk kerajaan cacamarba kerana mendukung pelbagai ideologi yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.

ANTARA ANWAR DAN ISMAIL SABRI, SIAPAKAH YANG JADI PILIHAN?

Dari aspek perwatakan, Ismail Sabri dilihat lebih ‘berprofil rendah’, ‘merendah diri’ serta jarang menjadi subjek kebencian rakyat. Manakala Anwar sudah terkenal dengan sifat sesumpahnya, janji palsu, serta egosentrik yang tinggi ketika memimpin gerombolan reformasi menentang Tun Mahathir. Adakah rakyat mahu PH berkuasa semula melalui DS Anwar atau adakah rakyat juga mahu blok PN berkuasa semula melalui DS Ismail Sabri?

RAKYAT SABAH PUN MARAH PN

Pada satu kenyataan Muhyiddin lain menyeru rakyat dan pemimpin Sabah agar mewujudkan hubungan yang intim antara kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan. Malangnya pada majlis yang lain, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang amat berbeza apabila dia mengatakan “kerajaan persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan Sabah” sekiranya kerajaan Negeri Sabah tidak sehaluan dalam soal urus tadbir dengan Kerajaan Persekutuan. PM TS Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN khususnya, hendaklah berhati-hati dengan emosi rakyat dan kepimpinan politik di Sabah, kerana gejala ‘katak politik’ amat lewah di sana.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: