(Video) APA JUA MUSLIHAT MAHATHIR, MATLAMATNYA ADALAH MUKHRIZ SEBAGAI PM

RENCANA SISIPAN

DS Najib Tun Razak secara sarkastiknya mengucapkan tahniah kepada DS Anwar Ibrahim kerana setelah berjuang selama 22 tahun, akhirnya dia berjaya kembali ke kedudukan lamanya sebagai ‘Timbalan PM’ atau hanya ‘Bakal PM’.

Pada hakikatnya, bekas musuh Anwar, iaitu Tun Mahathir masih tegar dengan rancangannya untuk memastikan anaknya Mukhriz akan tetap menjadi PM.

Daripada krisis 1998, Anwar telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan PM dan juga Timbalan Presiden UMNO, malah telah diusir oleh Mahathir daripada UMNO setelah konco Anwar mengkritik amalan kronisme dan nepotisme Mahathir sehingga membangkitkan isu perebutan kuasa Anwar-Mahathir dalam hierarki tertinggi kepimpinan UMNO.

Dengan pelucutan jawatannya sebagai Timbalan PM dan pengusirannya daripada UMNO, konco-konco Anwar yang ramai dalam UMNO telah mewujudkan gerakan ‘Reformasi’ untuk menjatuhkan kerajaan BN dan ia menjadi kenyataan setelah 20 tahun berlalu pada 2018 dengan gabungan dalam Pakatan Harapan.

Cuma anehnya pada 2018 itu, musuh Anwar tersebut adalah rakan sekongkolnya, seakan-akan dia lupa siapakah musuhnya dan siapakah sahabatnya.

Kritikan sarkastik DS Najib itu terlontar apabila Mahathir mencadangkan DS Shafie Apdal, Presiden Warisan Sabah sebagai PM dan bukannya Anwar yang dianggap Mahathir ‘tergila-gila’ mahukan kerusi PM.

Bukan itu sahaja, DS akan diangkat sebagai Timbalan PM I dan Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan PM II.

Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa pemimpin pembangkang bersetuju mencadangkan Shafie sebagai PM manakala Anwar dan Mukhriz sebagai calon Timbalan PM I dan II.

Lucunya apabila Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mat Sabu pula membidas, keputusan belum lagi dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PH.

Najib menyindir, “PH Minus (tanpa PKR) sebulat suara menyokong Shafie Apdal untuk diangkat menjadi PM, Anwar TPM I dan Mukhriz TPM II.

“Bukankah aku sudah beritahu kamu? Apa-apa tindakan yang diambil oleh Mahathir akan berkesudahan dengan Mukhriz sebagai Timbalan PM dengan matlamat akhirnya Mukhriz sebagai PM.”

Setelah heboh dalam media tentang sindiran DS Najib itu, Mahathir terus bersilat dan mula putar-belit dengan mengatakan bahawa dia tidak mencadangkan Mukhriz sebagai PM.

Malah Mahathir juga mengatakan bahawa Shafie telah menawarkan dirinya untuk menjadi PM.

DS Najib juga menempelak Mahathir yang telah marah dan lantas membencinya dengan penuh dramatik dan emosional sejak Pemilihan Agung UMNO 2013 kerana dia (DS Najib) tidak menyokong kempen untuk mengangkat Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO.

Malahan Tun Abdullah juga pernah menjadi mangsa Mahathir, apabila Khairy Jamaluddin yang dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO dan bukannya Mukhriz.

Walau apapun senario sejarah lampau krisis Anwar-Mahathir, DS Najib mengucapkan tahniah kepada DS Anwar Ibrahim kerana setelah berjuang selama 22 tahun di jalanan sejak 1998, kini dia berhasil merebut posisi sebagai TPM.

Di samping itu, DS najib juga sempat mengingatkan Anwar bahawa dia telah melalkukan kesilapan besar kerana mempercayai rakan sekongkolnya DAP dan Amanah.

Kata DS Najib, “Bukankah kamu telah dikhianati mereka? Kamu masih mahu mempercayai DAP? Cuba kamu tanya PAS,” apabila dia merujuk kepada pembubaran Pakaran Rakyat setelah berlakunya krisis kepercayaan antara PAS dan DAP pada 2017.

****

Diolah daripada FMT

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: