Jika tuduhan terhadap Muhyiddin Yassin adalah dakwaan terpilih, mengapakah mereka tidak persoalkan siapakah PM yang berkuasa sekarang? Adakah DS Anwar Ibrahim merupakan pemimpin UMNO? Lihat sahaja kes TS Shahril Samad, apabila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri telah memperakui bahawa dakwaan terhadap Shahril adalah tergesa-gesa dan tidak signifikan. Kemudian Rakyat terkejut apabila Ahli Parlimen Sabah, Rozman Isli dalam afidavitnya di mahkamah telah mencatatkan bahawa beliau telah diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin supaya melompat parti jika tidak mahu didakwa di mahkamah.
KENAPA DAP TIDAK CEMUH BERSATU, SETELAH ADUN TRONOH DIHUKUM BERSALAH KERANA MEROGOL?
Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia kerana tiga kali laporan siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Thommy Thomas telah ditolak, tetapi akhirnya laporan siasatan keempat telah diterima. Tahniah kepada hakim kerana tidak tunduk kepada kehendak Tommy Thomas sedangkan rakyat sentiasa memerhatikan sejauh manakah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara diamalkan di negara ini. Janganlah kepercayaan rakyat diperolok-olokkan.
VIDEO – MAHATHIR BAPA KATAK POLITIK MALAYSIA?
Beberapa hari ini setelah RUU Anti-Lompat Parti dibentangkan di Parlimen, Mahathir menjadi gelabah kerana parti baharu yang ditubuhkannya iaitu Pejuang ketandusan wakil parlimen, kecuali dia dan anaknya Mukhriz. Bagaimanakah dia hendak memenangi dan mendapatkan kedudukan yang relevan dan signifikan baik sebelum mahupun selepas PRU15, sedangkan partinya hanya mempunyai dua sahaja ahli Parlimen, iaitu dia dan anaknya?
PEREKACIPTA MANIFESTO ‘KERTAS TISU TANDAS’ PH NYANYOK DALAM USIA MUDA
Wan Saiful usahlah bercakap tentang ‘kleptokrat’ dan ‘kluster mahkamah’, sedangkan pemimpin ikonik PPBM, Muhyiddin Yassin juga sedang dalam radar SPRM dengan pendedahan saksi daripada UKSB yang telah menerima rasuah RM1.3 juta. Hendaklah diingat bahawa kes 1BestariNet, dan perbelanjaan dana RM600 bilion ketika PN berkuasa juga kini menjadi tekanan terhadap Muhyiddin dalam survival politiknya yang sedang menuju penghujung jalan. Kini gabungan parti PN terkial-kial bertekak sama ada mahu menggunakan logo PN atau logo PAS semasa PRU15 nanti. Kenapakah tidak sahaja menggunakan logo PPBM supaya Wan Saiful mahupun Muhyiddin Yassin sedar hakikat penerimaan rakyat terhadap parti cicak yang menjadikan negara amat tidak stabil?
VIDEO – BUKTI DAKWAAN TERPILIH TERHADAP PEMIMPIN UMNO, TERBONGKAR
Ironinya Muhyiddin tidak pernah mahu kes dana 1MDB berjumlah RM1.04 juta yang masuk ke akaun Hakim Nazlan Ghazali, disegerakan. Lebih menjengkelkan Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib, sedangkan di sebalik tabir terdapat ‘konflik kepentingannya’ dalam kes 1MDB. Muhyiddin mahupun Mahathir tidak pernah mendesak SPRM mahupun pihak pendakwaraya supaya mengheret bekas Gabenor Bank Negara Zety Akhtar ke mahkamah kerana suaminya Tawfiq Ayman di Singapura telah menerima dana 1MDB daripada Jho Low.