(Video) PEGUAM NEGARA MESTI BUKA SEMULA KES PENGGANAS LTTE-DAP

Oleh Dr Mamat Desa

APABILA Peguam Negara DAP, Tommy Thomas (TT) menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan aktivis pengganas Tamil Eelam, termasuk dua ADUN DAP, dia juga sekaligus telah menghina PDRM.

TS Musa Hasan

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan satu bala dan mala petaka kepada negara dan rakyat kerana ‘membuka pintu’ kepada pengganas denagn wewenangnya menggunakan kuasanya yang genjot melalui Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan bagi membebaskan kumpulan yang disenaraikan pengganas itu.

Tindakan Peguam Negara DAP itu yang lebih merupakan kecederungan politik DAP, juga amat berbahaya kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

Hakikat ini timbul apabila ia akan dijadikan sandaran kepada 380 tahanan sedia ada di bawah Akta SOSMA dan memberi ruang kepada aktiviti keganasan pada masa akan datang, sebagaimana penyeludupan senjata LTTE dari Thailand yang dirancang untuk dibekalkan kepada pengganas LTTE di Sri Lanka.

Secara tidak langsung ia juga merupakan tindakan yang memberi keutamaan dan sokongan kepada golongan pengganas dan menggadaikan keselamatan populasi 30 juta rakyat Malaysia.

Tidak hairan sekiranya Peguam Negara DAP itu juga pernah dilantik sebagai peguam bela Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng, yang tidak mahu mengaku sebagai rakyat Malaysia, tetapi mahu bangkainya dibawa balik ke Tanah Melayu.

Menurut Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam, lebih 150 daripada tahanan SOSMA yang dikenakan tindakan di bawah Seksyen 130J (1), 130J(2),130JB(1) Kanun Keseksaan, yang didakwa kerana pemilikan elemen keganasan seperti bahan letupan, peta perancangan, simbol, senjata dan lain-lain akan mempunyai peluang untuk mencabar semula keputusan kerajaan terdahulu kerana mengikut tafsiran Peguam Negara ‘ia bukan satu kesalahan.


Dr Mizan Mohammad Aslam, menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara (TT) terhadap tahanan LTTE akan dirujuk sebagai ‘precedent’ atau ‘kes rujukan, contoh atau duluan’ (an earlier event or action that is regarded as an example or guide to be considered in subsequent similar circumstances) bagi kes kumpulan militan ISIS, DAESH dan juga Al-Maunah.

Mereka yang terlibat sebelumnya akan membuat tuntutan kerugian serta mencabar pihak PDRM serta kerajaan dan tuntutan ganti rugi tersebut akan beretetan seperti bongkah-bongkah ‘domino’ yang jatuh satu-persatu.

Lantas, tahanan SOSMA akan menuntut keadilan, dan memberikan dampak kerugian besar kepada kerajaan kerana terpaksa membayar pelbagai ganti rugi kepada mereka sejak tempoh penahanan dikuatkuasakan.

Selain itu, menurut Dr Mizan, tindakan Peguam Negara DAP itu akan membangkitkan isu perkauman misalnya “Adakah kerana mereka Melayu beragama Islam seperti arwah Adib, Aishah, kumpulan Al-Maunah dan lain-lain tidak wajar diberi hak yang sama seperti bukan beragama Islam yang terlibat dengan pengganas LTTE?”

Lebih buruk lagi, rakyat akan turut mengaitkan tindakan Peguam Negara DAP itu sebagai ‘pendakwaan terpilih’ kerana antara tahanan LTTE adalah dua ADUN DAP dan ini mengesahkan tanggapan sebelum ini bahawa tindakan Peguam Negara adalah berasaskan kepentingan politik semata-mata bukan kepentingan rakyat atau keselamatan negara.

Tidak hairanlah sekiranya Tommy mengaku bahawa lantikannya sebagai Peguam Negara DAP, adalah ‘lantikan politik’ dengan erti kata bahawa dia dilantik bukan untuk menegakkan prinsip keadilan dalam sistem kehakiman negara, tetapi sebaliknya adalah bertunjangkan kepentingan politik DAP, menyelamatkan pemimpin DAP dan kerajaan kakistokrasi PH.

Lantas pendakwaan terhadap kes DS Najib Tun Razak dan kes DS Dr Zahid Hamidi serta pemimpin UMNO-PAS yang lain juga akan dipersepsikan sebagai ‘pendakwaan terpilih’ demi kepentingan pemimpin gila kuasa dan tamak haloba daripada DAP dan terutamanya bekas PM, Mahathir Muhamad.

Sekiranya kes aktivis LTTE itu dibuka semula, maka PDRM juga harus membongkar setelus-telusnya penglibatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy serta bekas Menteri Sumber Manusia P Kula Segaran kerana kedua-duanya telah menunjukkan sokongan mereka terhadap pengganas LTTE.

Malahan lebih mengejutkan apabila P Ramasamy mencabar UMNO untuk mencetuskan semula rusuhan berdarah 13 Mei, kerana baginya mereka sudah mempunyai ‘kekuatan’ untuk menentang kaum Melayu.

Justeru, Peguam Negara, TS Idris Harun, disarankan agar membuka semula kes pengganas LTTE, serta kes-kes lain yang dilupuskan oleh Tommy Thomas terutamanya yang melibatkan pemimpin DAP, kerana dia sendiri mengaku bahawa dia dipilih atas ‘lantikan politik’ dan wujud kecondongan politik, pendakwaan terpilih, dan amat bersifat perkauman.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: