(Video) KLCC ADALAH SIMBOL NEPOTISME DAN KORUPSI MAHATHIR

Oleh Dr Mamat Desa

Mahathir wewenangnya menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri (1981-2003) untuk mengkayakan anak-anak dan kaum-kerabatnya melalui projek-projek mega yang menggunakan wang kerajaan.

Antara projek Mahathir yang didedahkan oleh Dr Roslan Latif, ialah projek Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang disangsikan telah mendapat sokongan kabinet.

Sebidang tanah bekas padang lumba kuda telah dibeli oleh kroni Mahathir, Ananda Krishnan dengan harga premium RM100 juta. Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada Petronas dengan harga RM600 juta untuk kerajaan membina Menara Kembar Petronas yang merupakan menara kembar tertinggi di dunia.

Di situ sahaja, Mahathir dan kroninya Ananda Krishnan telah memperolehi keuntungan atas angin sebanyak RM500 juta yang juga merupakan satu rompakan halus terhadap Petronas sebanyak RM500 juta.

Pihak kroni Mahathir dan golongan yang menyokongnya membabi buta, melihat Menara Kembar itu sebagai legasi besar Mahathir yang diagung-agungkan, tetapi sebaliknya menara itu tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada rakyat.

Wang Petronas yang terkorban sejumlah RM600 juta itu hanyalah perkiraan pada tanah tapak Menara Kembar itu sahaja, tetapi belum lagi projek perancangan dan pembinaan menara itu yang pada mulanya bernilai RM2.5 bilion.

Namun, dengan perompakan halus Mahathir, setelah bangunan itu siap, anggaran harganya melonjak kepada RM7.5 bilion dan mungkin lebih daripada nilai itu.

Nilai pembinaan menara itu pastinya melibatkan perabot dan kosmetik yang lain, dan memerlukan pihak lain untuk mengongsi keuntungan seperti arkitek senibina, bahan binaan dan tenaga kerja.

‘Menara Satu’ daripada entiti struktur Menara Kembar Petronas itu adalah milik ipar Mahathir, Ghazali Mohd Ali.

‘Manara Dua’ adalah milik General Hashim Mohd Ali, juga merupakan ipar Mahathir.

Projek lantai (atau flooring) seluruh menara diberikan kepada syarikat Prime Granite milik anak Mahathir, Mokhzani yang bernilai RM 470 juta.

Projek membekalkan perabot dalam menara itu pula diberikan kepada syarikat Artwright milik anaknya Mirzan.

Dengan itu semua projek yang besar untuk melengkapkan menara Kembar Petronas itu atau dikenali dengan KLCC telah diberikan kepada anak-anak Mahathir dan kaum keluarganya, sebagaimana kata Dr Roslan Latif, “Keluarga dia saja yang sapu”.

George Soros, sahabat Mahathir yang pernah dilabelkan sebagai penyangak matawang asing, menggelar Mahathir sebagai ‘a corrupt moron’.

Dipetik daripada the Coverage

Antara lain Soros menulis (terjemahan daripada The Coverage):

Sudah banyak kali saya katakan bahawa kamu, Mahathir, adalah ancaman kepada rakyat Malaysia.

Sekarang kamu (Mahathir) boleh lihat kesan kebodohan kamu apabila nilai ringgit jatuh dan ekonomi negara kamu rosak.

Dengan sendirinya kamu telah menyebabkan penderitaan kepada berjuta rakyat negara kamu. Kamu telah membina projek mega yang terpaksa dibayar oleh Malaysia dengan harga yang amat mahal.

Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi dunia telah menunjukkan betapa bodohnya kamu. Ia bukan sahaja menyebabkan kesesakan trafik yang parah, bahkan ia tiada apa-apa fungsi.

Jika kamu perlukan pencawang telekom, kamu boleh bina di atas bukit yang berdekatan, tanpa belanja yang besar.

Satelit yang ada menjadikan menara telekom itu tiada keperluan untuk didirikan. Kamu jadi bodoh dan wang yang digunakan untuk projek mega itu adalah milik rakyat Malaysia.

Kamu mendapat 20% pada setiap projek, dan kamu mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion saham yang diperolehi melalui rasuah.

Tiga anak kamu mempunyai aset bernilai USD 8 bilion (terkini lebih lagi). Dari mana mereka peroleh wang sedemikian banyak? Pastilah daripada kerja korupsi kamu.

Kamu pandai mengalirkan ‘air mata keling’ (crocodile tears) semasa Perhimpunan Agung UMNO untuk menutup gejala rasuah kamu.

Sedangkan sebenarnya kamulah perdana menteri yang paling korup. Kamulah pencuri yang menjerit-jerit ‘tolong ada pencuri’ untuk menipu rakyat kamu.

Kamulah sebenarnya penyebab kepada kehilangan wang negara, dengan itu kamu adalah moron.

Kemudian kamu rasa sudah terlalu lewat untuk membaikinya, dan kamu menangis sebagaimana ‘sesal kemudian tiada gunanya’.

Di Australia kamu dikenali sebagai ‘si ego gila yang degil’.

Di United Kingdom kamu digelar ‘anak haram yang korup’ kerana kebodohan kamu membeli kilang kereta lumba Lotus yang bernilai RM290 juta. Kilang Lotus itu tidak berguna bagi UK, tetapi kamu beli juga.

Kemudian kamu beli kapal selam ‘reject’ British melalui orang tengah kamu, dan orang tengah kamu itu telah memperoleh jutaan ringgit daripada wang kerajaan Malaysia.

Pembelian kapal perang kami (UK) pula adalah 50% lebih tinggi daripada apa yang orang lain bayar.

Di United Kingdom juga, wajah kamu terbit dalam sekurang-kurangnya 17 akhbar yang menggelar kamu ‘diktator yang korup‘.

Di Malaysia kamu dikenali sebagai IBM atau ‘International Big Mouth’.

Di Jepun, mereka menggelar kamu otak paling kecil’.

Di Amerika Selatan mereka gelar kamu ‘burung kakak tua’ (bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang kamu cakap).

Di Filipina kamu adalah ‘Marcos yang hidup kembali’.

Akhbar Indonesia pula menggelar Mahathir sebagai ‘manipulator ulung’ atau maksudnya ‘kaki putar belit’.

Jika sedemikianlah, maka memang wajarlah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menasihatkan rakyat supaya “jangan dengar lagi cakap Mahathir.”

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: