SYED SADDIQ WAJAR DIGELAR PENGEMIS YANG PANDAI MENYAMAR

Saddiq juga pernah terpalit dengan kontroversi menerima dana daripada taikun-taikun kroni DAP. Semua persepsi ini akan terjawab melalui laporan audit dan orang ramai masih ternanti-nanti laporan audit tersebut walaupun Syed Saddiq seolah-olah mahu melupakannya. Jika tidak, maka amat wajar Saddiq diberikan ‘award’ “Pengemis terbaik yang pandai menyamar” dan membohongi rakyat.

APEK DAP DISIASAT KERANA TELAHAN RUMAH PM DAN PARA MENTERI AKAN DIBAKAR

Kata Kit Siang, “Adakah mungkin rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas? “Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?

KENAPA GANGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH SINGAPURA TERHADAP PENGEDAR DADAH?

Amat ironi sekali apabila pemimpin NGO dan parti politik Malaysia cuba membantah keputusan Mahkamah Singapura yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penjenayah dadah warga Malaysia. Anehnya di Malaysia, pembunuhan anggota Bomba, Adib Mohd Kassim yang cuba menyelamatkan mangsa rusuhan di Kuil Hindu Seafield, Subang Jaya, seperti terabai apabila tertuduh dibebaskan begitu sahaja. Malah hari ini heboh tentang hakim dalam kes SRC yang melibatkan DS Najib, telah menerima rasuah daripada watak antagonis bernama Jho Low yang masih bebas dan hidup senang-lenang melalui rasuah yang amat lewah.

SOKONG PETISYEN ‘JANGAN KUBURKAN KES ADIB’

Rakyat dan netizen amat marah apabila kes yang melibatkan kaum Melayu, kerap kali diabaikan, sedangkan kes LTTE begitu mudah ditutup untuk melepaskan suspek. Sebaliknya kes pelajar wanita yang sekadar menyimpan buku ISIS-Daesh telah dikenakan penjara 5 tahun. Nampak sangat, terdapat undang-undang yang memilih bulu terutamanya semasa era PH-DAP berkuasa, setelah Peguam Negara Tommy Thomas dikatakan menjadi pengasas undang-undang rimba. Kematian Adib Kassim tidak boleh dilupakan begitu sahaja, seperti tiada pembelaan sedangkan puluhan gambar dan video serta pengakuan Allahyarham sendiri bahawa dia telah diserang oleh manusia yang kami lihat sebagai tidak bertamadun, samseng dan rakus. Lantas, Blog Cungkils.com turut bersama dengan Pembela untuk menggerakkan Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ supaya ia dapat ‘membuka mata’ pihak berkuasa bahawa rakyat tidak akan berdiam diri selagi isu kematian Muhamad Adib tidak mendapat pembelaan.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: