SPRM, INGATLAH AKHIRAT, DAN BUANGLAH TUDUHAN KLEPTOKRAT YANG JIJIK ITU

Editorial 11 September 2021 Bagi rakyat yang beragama, kita percaya bahawa hanya Allah sahaja yang tahu apakah yang sebenar-benarnya berlaku dalam sesuatu kes yang didakwa oleh SPRM. Namun sekiranya pelantikan pengarah dan pegawai tertinggi SPRM sendiri adalah atas ‘kepentingan politik’ sebagaimana pelantikan Latifah Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara... Continue Reading →

KEJAYAAN TERBESAR PH – MEMBAWA BALIK ABU MAYAT CHIN PENG

Membenarkan mayat Chin Peng kembali ke tanah air boleh membangkitkan kemarahan waris mangsa korban yang majoritinya Melayu, dan berpotensi membangkitkan pergolakan kaum, kerana sebagaimana yang dicatatkan oleh seorang penganalisis politik, Nagata (1979:14) gerila komunis Malaya dilabelkan sebagai Cina dan Cina dilabelkan sebagai komunis. Selain itu PH juga telah berjaya membina satu budaya baru (precedence) iaitu ‘perhimpunan bekas pejuang gerila komunis’ di sebuah institut milik Dong Jiao Zong di Kajang Selangor.

(VIDEO) ADAKAH PDRM DAN ATM AKAN MEMBISU KETIKA GERILA KOMUNIS SUDAH BERANI MENONJOLKAN DIRI?

Pada 1 Disember, di tengah-tengah kehangatan dan sentimen antikomunisme dan antigerila komunis yang diterjemahkan sebagai gerakan menghidupkan neo-komunisme, heboh pula berita kira-kira 400 bekas gerila komunis daripada Parti Komunis Malaya mengadakan perhimpunan di Kajang. Pelbagai eskapisme (alasan dangkal) untuk mewajarkan perhimpunan mereka, antaranya untuk meraikan ulang tahun Perjanjian Hatyai 1989 dan bertemu kembali rakan-rakan pengganas... Continue Reading →

(Video) – DAP DI SEBALIK PERJUANGAN KOMUNISME-BAHARU

NAMPAKNYA isu penyeludupan abu mayat Chin Peng laknatullah tidak tamat di situ sahaja. Ada usaha lanjutan untuk mengangkat perjuangan pengganas komunis sebagai perjuangan kemerdekaan yang lebih merupakan usaha DAP yang buta sejarah atau sengaja mahu mengubah sejarah. Kira-kira 300 bekas pengganas komunis telah berhimpun di Kajang, sebagai satu usaha untuk menggesa rakyat menerima mereka sebagai pejuang... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑