Lantas tidaklah hairan nanti sekiranya PH menang dan berkuasa sebagai kerajaan semula, maka mereka akan mengambil langkah yang sama, iaitu melantik Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Hakim Negara untuk membebaskan penjenayah daripada konco-konco mereka.
TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA
Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan. Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM. Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.
VIDEO – MAHATHIR KEHABISAN MODAL BANGKITKAN ISU ‘KAFIR’ UNTUK TARIK UNDI KAUM MELAYU-ISLAM
Mahathir dan media yang menjadi keldainya, sanggup membohongi rakyat dengan laporan berita bahawa dia tidak berada di tanah air ketika tragedi Memali itu, kerana dia mahu segala kesalahan diletakkan pada bahu Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Musa Hitam. Ramai yang melihat arahan PM ke-4 ketika itu adalah sesuatu yang ekstrem atau keterlaluan kerana orang-orang kampung Memali bukan pengganas sebagaimana tindakan KDN terhadap kumpulan Al-Maunah. Malahan pendekatan yang dikenakan oleh kerajaan Mahathir ketika PH berkuasa terhadap pengganas antarabangsa LTTE juga tidak sezalim tindakannya terhadap kaum Melayu-Islam Memali.
NURUL IZZAH ANWAR PERCAYA PH AKAN KALAH PADA DUA PRU AKAN DATANG
Nurul Izzah Anwar amat pesimistik terhadap penerimaan rakyat ke atas PH, setelah didustai dengan janji palsu, pembohongan dan manifesto yang menjanjikan bulan-bintang. PH memerlukan sekurang-kurangnya dua penggal lagi, sebelum boleh memenangi semula hati rakyat yang amat kecewa, bukan sahaja pendustaan dalam manifesto PRU14, malah huru-hara dan porak-peranda yang telah berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika PH berkuasa selama 22 bulan.
FITNAH ZAKIR NAIK SEBAGAI ‘PENGGANAS’ DAN ‘SYAITAN’, CUKUPKAH HANYA SEKADAR MOHON MAAF?
Dr Zakir Naik telah bertindak mendakwa fitnah dan tuduhan tersebut dalam dua kes saman fitnah sivil terhadap P. Ramasamy, ADUN Perai, Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. P. Ramasamy telah memohon maaf ke atas Dr Zakir Naik, yang merupakan pendakwah Islam terkenal dan penduduk tetap Malaysia. Nampaknya sebagaimana beberapa pemimpin DAP yang lain, mereka dengan mudah memohon maaf setelah menghina dan memfitnah, memaki -hamun dengan kata-kata nista terhadap tokoh-tokoh yang lain, untuk melepaskan diri.