IDRIS HARON TERJEBAK DENGAN PERANGKAP SENDIRI

Dalam keadaan negara sedang terkial-kial memerangi pandemik Covid19, nampaknya Idris seperti tidak mempedulikan keadaan dan situasi keselamatan rakyat yang amat kritikal. Kini keadaan menjadi kusut buat Idris apabila UMNO memecatnya dan Nor Azman Hassan manakala Bersatu pula memecat Effandi. Nampaklah sangat bahawa Idris sebenarnya kempunan hendak mendapatkan semula jawatan Ketua Menteri, setelah kerajaan PH runtuh, manakala jawatan tersebut diberikan kepada DS Sulaiman Md Ali. Malangnya, dia terperangkap dengan jebaknya sendiri, apabila UMNO memecatnya yang menjadikan masa depan politiknya kini kabur.

VIDEO – RELEVANKAH UNTUK BERGELUT LAGI DENGAN ‘USUL UNDI PERCAYA’ ATAU ‘TIDAK PERCAYA’ ?

Sekiranya ‘Undi Percaya’ itu gagal mendapat sokongan majoriti, maka jelaslah bahawa PM DS Ismail Sabri hilang keabsahan, maka lagi sekali negara akan bergelut dengan isu pelantikan PM baharu. Lihat, apakah yang terjadi kepada MB Perak, DS Ahmad Faizal Aumu setelah DUN mengadakan ‘Undi Percaya’ terhadap MB dan beliau gagal dengan hanya mendapat 10 undi berbanding 48 yang menolak?

KIT SIANG PATUT RASA MALU DENGAN PM ISMAIL SABRI

Sepatutnya kenyataan Ismail itu membangkitkan rasa malu tidak terhingga terhadap Lim Kit Siang kerana semasa DAP-PH berkuasa undang-undang adalah bersifat terpilih. Sekiranya yang didakwa itu adalah orang DAP, bangsa DAP, rakan sekongkol DAP-PKR-Amanah-Bersatu, maka mereka akan terlepas. Lihatlah apa berlaku kepada tuduhan rasuah pembelian banglo anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, apabila mahkamah membebaskannya begitu sahaja sehingga SPRM pun terkejut dengan keputusan tersebut.

(Video) PEGUAM NEGARA MESTI BUKA SEMULA KES PENGGANAS LTTE-DAP

Oleh Dr Mamat Desa APABILA Peguam Negara DAP, Tommy Thomas (TT) menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan aktivis pengganas Tamil Eelam, termasuk dua ADUN DAP, dia juga sekaligus telah menghina PDRM. TS Musa Hasan Bukan itu sahaja, ia juga merupakan satu bala dan mala petaka kepada negara dan... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: