(Video) JELAJAH HARAPAN ADALAH KEMPEN DERHAKA TERHADAP AGONG DAN MENGHINA PERLEMBAGAAN

Oleh Dr Mamat Desa

Mat Sabu dan konco-konconya dalam PH sedang mengadakan program ‘Jelajah Harapan’ sebagai platform kempen menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan TS Muhyiddin Yassin.

Mereka menggunakan pelabelan ‘rampasan kuasa diRaja’, ‘rompakan di tengah jalan’, ‘pengkhianat’, ‘tidak demokratik’, ‘kerajaan pintu belakang’, dan pelbagai lagi klise buruk, untuk menidakkan kewajaran petabalan TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Mahathir Muhammad.

Siapakah yang ‘merampas kuasa’ atau ‘merompak di tengah jalan’ sekiranya Mahathir telah mengadap DYMM SPB YDP Agong dan mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM)?

Apabila PM meletakkan jawatan dan mengisytiharkan bahawa partinya PPBM (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), maka secara otomatisnya bubarlah kerajaan PH.

Lantas pada ketika itu, negara tiada berkerajaan dan Mahathir dilantik oleh Agong sebagai PM Interim (sementara) sebelum PM baharu dipilih dan ditabalkan.

Apabila negara tidak lagi berkerajaan, maka tidak timbul soal merampas kuasa, tidak timbul soal khianat, tidak timbul isu ‘merompak di tengah jalan’.

Jelaslah Mat Sabu dan konco-konconya hanya cuba membina dongeng sebagaimana dongeng mereka terhadap BN.

Mereka mencipta dongeng BN sebagai perompak negara, sedangkan selama mereka berkuasa tidak seorang pun perompak yang ditangkap dan disumbat ke penjara, sebagaimana Anwar Ibrahim disumbat ke penjara pada tahun 1999 kerana salah guna kuasa (rasuah).

Malah dalam ceramah Jelajah Harapan, Mat Sabu memaki hamun kerajaan baharu PN sebagai “kerajaan celaka, merompak di tengah jalan” setelah TS Muhyiddin Yassin disahkan pertabalannya sebagai PM yang baharu.

Dimuat naik daripada YouTUbe

DYMM SPB YDP Agong telah menggunakan kuasa baginda sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 43 untuk memilih dan melantik PM setelah PM sedia ada meletakkan jawatan, dan setelah memperakui tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Lantas, di bawah kuasa DYMM SPB YDP Agong dalam Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan budi bicara baginda, setelah meneliti dapatan bancian ke atas semua 221 ahli parlimen (kecuali Mahathir), telah melantik PM yang baharu.

Adalah sesuatu yang amat berhemah dan penuh bijaksana, apabila tokoh yang dilantik dan ditabalkan oleh SPB YDP Agong adalah Presiden PPBM iaitu parti yang diasaskan oleh Mahathir sendiri yang sebelumnya adalah daripada gabungan PH juga.

Dengan itu, di manakah letaknya kewajaran ‘rompakan di tengah jalan’, ‘pengkhianat’, ‘rampas kuasa’ dan fitnah yang dilontarkan Mat Sabu dan konco-konconya terhadap kerajaan PN? Proses pelantikan dan pertabalan TS Muhyiddin adalah tertegak atas landasan undang-undang.

Sebaliknya apa yang rakyat lihat pada Jelajah Harapan adalah tindakan yang menghina DYMM SPB YDP Agong, penderhakaan terhadap baginda dan gagal menegakkan prinsip ‘keluhuran Perlembagaan.’

Golongan ini kelihatan cuba menutup kelemahan, kegagagalan, huru-hara, lintang-pukang dan porak-peranda kerajaan PH terdahulu, lantas mereka gelabah untuk mencari kambing hitam bagi mengelencongkan minda rakyat terhadap kegenjotan pemerintahan mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga menuduh bahawa pertabalan Muhyiddin oleh DYMM SPB YDP Agong adalah satu gerakan ‘royal coups d’état’ atau ‘rampasan kuasa diRaja’ sebagaimana didakwa oleh MalaysiaToday dan heboh dicanangkan di United Kingdom, Amerika dan negara-negara Barat.

Mereka buta, jahil dan gagal meneliti Perlembagaan Persekutuan tentang peruntukan kuasa yang ada pada SPB YDP Agong untuk melantik PM baharu apabila PM sedia ada meletakkan jawatannya dan apabila kerajaan sedia ada dibubarkan.

Menurut Pakar Perlembagaan Persekutuan, Dr Shamrahayu Abd Aziz, segala tindakan yang diambil oleh DYMM SPB YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, adalah berpandukan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Shamrahayu menegaskan Perkara 43(2) dalam Perlembagaan Persekutuan, secara jelas mencatatkan bahawa YDP Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.

Sebarang kenyataan yang dikaitkan dengan ‘royal coups d’état’ adalah satu penghinaan terhadap institusi diRaja, mencabar kedaulatan negara dan diterjemahkan sebagai satu penderhakaan. 

Dengan itu, amat wajarlah sekiranya golongan bekas menteri-menteri kakistokrat PH ini seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Anthony Loke, Saifudin Nasution dan lain-lain, ditahan dan diheret ke mahkamah kerana penderhakaan atau bersekongkol dengan golongan yang menderhaka kepada DYMM SPB YDP Agong.

Sewajarnya NGO yang memperjuangkan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kerajaan demokratik Raja Berperlembagaan, hendaklah membuat laporan polis dan mengheret golongan pemimpin rakus daripada kakistokrat PH ini, ke mahkamah supaya penderhakaan mereka diambil tindakan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: