Editorial
13 Nov 2022
Tanpa mahu menyebut namanya, dalam kempen PRU15 di Kedah, Ketua Pemuda PAS Sik, telah menjatuhkan hukum bahawa sesiapa yang mengundi BN dan PH akan masuk neraka.
Daripada riak wajahnya, dia tersenyum, seakan-akan ia suatu lelucon yang menyeronokkan untuk melihat ahli parti lain selain PN dan PAS, masuk neraka.
Demi membersihkan nama baik PAS yang tercemar daripada ucapan dan hukum tersebut, MB Kedah, Sanusi Md Nor cuba membela apabila dia berkata bahawa perucap hanya ‘terlajak cakap’.
“Bukan sampai bunuh orang. Dia terlajak cakap. Perkara itu sudah ditarik balik,” kata Sanusi.
Merujuk kepada hadis Rasulullah SAW,

Maksudnya:Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya. Riwayat al-Bukhari (6104) dan Muslim (111).
Tafsir fi Al-Din menjelaskan sesiapa yang membid’ahkan orang yang tidak bid’ah, menyesatkan orang yang tidak sesat atau mengkafirkan orang yang tidak kafir, maka hukum tersebut akan kembali kepadanya (Lihat Al-Tafsir fi al-Din, 180).
Isu mengkafirkan parti lawan bukanlah perkara baru dalam PAS.
Apabila PAS mewartakan Amanat Haji Hadi, umat Islam seluruh negara yang taksub kepada parti PAS terus bermusuhan dengan umat Islam yang menyokong dan menjadi ahli UMNO. Maka wujudlah solat dua imam, sembelih orang UMNO haram dimakan, derhaka kepada bapa yang bukan ahli PAS dan pelbagai lagi kemelut dalam kalangan umat Islam.

Kepada Sanusi lihatlah gambar-gambar yang boleh membicarakan kebenaran daripada ujaran yang longgar yang hanya lewah dengan ‘denial syndrome’.
Ia bukan suatu yang terlepas cakap, sebaliknya ia adalah suatu doktrin yang sememangnya telah terpahat dalam minda ‘penganut PAS’.
Ia juga seakan-akan menjadikan PAS sebagai agama ‘baharu’.







Amatlah ironi, kontradik dan mengelirukan apabila PAS suatu ketika dahulu sanggup mengkafirkan UMNO, tetapi berpeluk-peluk dan bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Adakah perkataan hipokrit itu amat sesuai untuk PAS dan pemimpinnya?
Setelah DAP tunjukkan kepada PAS siapakah mereka sebenarnya, baharulah PAS sedar dan mahu menyemarakkan perpaduan ummah bersama UMNO, tetapi kemudiannya menolak pula Muafakat Nasional.
Apakah yang PAS mahu sebenarnya?
*****
Tinggalkan Jawapan