VIDEO ANWAR FITNAH DAN RENDAHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA KERANA UNDI POS

Editorial

13 Nov 2022

Anwar telah mengeluarkan tuduhan melampau terhadap pasukan keselamatan negara yang kononnya ada anggota tentera di Bera Pahang dibayar supaya mengundi awal untuk PRU15.

Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Anwar sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit.

Tindakan Anwar itu juga mengheret ATM dalam permainan politiknya yang terdesak bukan sahaja membuat angkatan tentera marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam kempen politik.

Anwar seperti jahil tentang proses pilihan raya, sekiranya mahu buat tuduhan, laporkanlah kepada SPR dan SPRM beserta buktinya.

Penyandang kerusi Parlimen Port Dickson yang lari berpindah ke Tambun Perak itu telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika ceramah PH di Kuala Terengganu pada 10 Nov, kononnya terdapat kem tentera yang melaksanakan undian awal dan dibayar RM300.

Membalas tuduhan dan fitnah Anwar itu, Perdana Menteri, DS Ismail Yaakob meminta Anwar menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada anggota ATM, kerana menuduh mereka menerima wang dan sebagainya.

Tuduhan terhadap anggota tentera yang didakwa dibayar RM300 adalah jahat dan cuba merendahkan martabat pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan undi pos anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis, adalah peruntukan dalam Akta Pilihan Raya jika mereka tidak dapat hadir semasa hari mengundi kerana bertugas.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: