Dari platform inilah terbentuknya ‘Muafakat Baharu’ yang mungkin dijenamakan sebagai ‘Muafakat Ummah’ atas saranan PAS, dengan agenda bahawa Melayu-Islam harus bersatu untuk memulihkan jurang perpaduan nasional, jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar serta kecelaruan politik akibat daripada lemahnya kuasa politik umat Islam.
MOU KERAJAAN & PH AUTOMATISNYA TERBATAL, LANTAS PARLIMEN WAJAR BUBAR UNTUK PRU15
Malangnya, pada 23 Mac, MoU berkenaan telah dengan automatisnya terbatal susulan tindakan Pakatan Harapan (PH) membangkang RUU SOSMA, Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Malangnya, pada 23 Mac pihak PH telah menolak usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari. Akibatnya, melatahlah pihak PH, kerana PRU15 adalah mimpi ngeri setelah kekalahan teruk mereka di PRN Melaka, Sarawak dan terkini PRN Johor. Walau bagaimanapun parti PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin juga menggelabah dan naik sawan sekiranya PM Ismail Sabri nekad mengadap DYMM SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen.
ITIK PATAH KAKI TELAH BUKTIKAN IA BOLEH TERBANG
Kecaman Presiden PAS Hadi Awang, bahawa UMNO-BN adalah ibarat itik patah kaki, tidak cukup untuk memperlemahkan kekuatan UMNO-BN, kerana mereka telah menunjukkan bahawa Keputusan PRN Johor berjaya mendapatkan mandat lebih dua pertiga majoriti secara tidak rasmi.
KADIR RAMAL BN MENANG MANAKALA KHALID GESA PN TIDAK BERTANDING, APA LAGI YANG PN MAHU DI PRN JOHOR?
Kadir Jasin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang besar di Johor sebagaimana keputusan diperolehinya pada PRN Melaka, November lalu. Puad mendedahkan jumlah cawangan Bersatu boleh dibilang dengan jari!
IBARAT JANDA PERASAN YANG GILA TALAK, BERSATU DITOLAK PH DI PRN JOHOR
Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan, Bersatu bukan pembangkang. “Tak bangkit, kita kata pembangkang, adakah Bersatu pembangkang?” soalnya semasa disoal pemberita tentang isu Bersatu hendak bersama PH. Nampaklah bahawa Bersatu sudah ‘bengong’ dan ‘meracau’ untuk merujuk kembali kepada PH dan sekiranya mereka membentuk kerajaan, pastinya akan terbentuk kerajaan cacamarba kerana mendukung pelbagai ideologi yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.