PH TUDUH UMNO, SEDANGKAN PH TELAH PUN TERBUKTI CABULI URUSAN PERUNDANGAN KETIKA BERKUASA

Editorial

12 Nov 2022

Dalam kempen PRU15, PH menjaja bahawa UMNO-BN akan menggunakan kuasa kemenangan mereka nanti untuk membatalkan semua tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin mereka.

Tapi hakikatnya semasa PH memenangi PRU14, dan diberikan mandat untuk mentadbir negara, PH telahpun mencabuli urusan badan perundangan dan kehakiman negara.

Perkara pertama yang dilakukan oleh PH, termasuk PM lantikan mereka daripada Bersatu (PPBM), Tun Mahathir, ialah membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dengan mendesak DYMM Agong agar perkenan memberikan pengampunan DiRaja.

Hari ini ada penggiat undang-undang telah mempersoalkan keabsahan pengampunan Anwar itu.

Kenapakah musuh tegar Anwar seperti Tun Mahathir sanggup menjilat ludahnya sendiri, untuk membebaskan Anwar, sedangkan kerana Mahathirlah parti Keadilan dilahirkan demi untuk menentang kezalimannya melalui gerakan jalanan ‘reformasi’.

Anwar bukan sahaja bersalah kerana salah guna kuasa dan rasuah, tetapi dia juga telah didapati bersalah kerana meliwat.

Kemudian seluruh negara terkejut apabila peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglo murah kerana kepentingan politik, iaitu Tommy Thomas telah dilantik sebagai Peguam Negara.

Tommy Thomas juga adalah peguam Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang menuntut untuk kembali ke Malaysia, sedangkan gerila komunis telah membunuh ribuan anggota polis dan tentera, serta orang kampung yang tidak bersalah semasa era pra-Merdeka dan pasca-Merdeka.

Lantas, setelah Tommy diangkat sebagai Peguam Negara, kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan, sehingga SPRM sendiri terkejut.

Negara juga dikejutkan apabila anggota kepimpinan tertinggi PKR, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pelantikan politik ini telah melanggar prinsip doktrin pengasingan kuasa dalam demokrasi. Namun ia memudahkan PH untuk melaksanakan dakwaan terpilih terhadap musuh politik mereka.

Kemudian sebulan dua ini, negara dikejutkan apabila Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat telah dilantik atas cadangan Tommy Thomas, yang terang-terang mendedahkan pelantikan yang mengendong kepentingan politik.

Pelantikan itu telah mencabuli Akta Suruhanjaya Pelantikan Badan Kehakiman dalam hal pelantikan hakim-hakim.

Lihatlah bagaimana dalam kes DS Najib Tun Razak, mahkamah dilihat telah mengabaikan hak pembela untuk mendapatkan proses perbicaraan yang adil dan saksama.

Kemudian negara dikejutkan apabila Mahkamah Tinggi telah membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang terkenal sebagai pemfitnah, apabila menggugurkan hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Tidakkah ini semua adalah komplot yang diterajui oleh Peguam Negara Tommy Thomas?

Kemudian RCI telah mendapati bahawa dalam kes Forex-BNM dana negara sebanyak RM33 bilion telah dijarah dan terdapat bukti kukuh penyalahgunaan kuasa oleh Tun Mahathir (bekas PM).

Tetapi dengan kuasa prerogatif Tommy Thomas, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA atau ‘Tiada Tindakan Lanjut’.

Dengan kuasa Tommy Thomas juga saman Felda terhadap bekas Presiden PKR Wan Azizah sejumlah RM2 juta yang diperintahkan oleh mahkamah telah diberikan diskaun sebanyak 97% yang menjadikannya hanya RM70 ribu bagi bayaran yang telah dikenakan oleh mahkamah sebagai pampasan kepada pihak Felda.

Amat Ironi dan kontradiknya dalam kempen mereka hari ini, PH telah menuduh BN-UMNO akan membebaskan mangsa-mangsa dakwaan terpilih PH dalam kalangan pemimpin BN-UMNO.

Bukan itu sahaja, lebih sepuluh kes jenayah yang melibatkan pemimpin PH dan parti komponennya termasuk kes aktivis pengganas antarabangsa LTTE telah digugurkan oleh Tommy Thomas yang jelas mencabuli sistem perundangan dan kehakiman negara.

Lantas tidaklah hairan nanti sekiranya PH menang dan berkuasa sebagai kerajaan semula, maka mereka akan mengulangi langkah yang sama, iaitu melantik Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Hakim Negara untuk membebaskan penjenayah daripada konco-konco mereka.

Sebaliknya dakwaan terpilih ke atas pemimpin parti-parti politik yang memusuhi mereka akan terus disusun untuk menzalimi orang yang tidak bersalah.

Patutlah Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin bersungguh-sungguh mahu menjalin kerjasama dengan PH.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: