VIDEO – BOLEHKAH PENGUNDI TAMBUN TOLAK KE TEPI SKANDAL SEKS ANWAR?

Editorial

8 Nov 2022

PIHAK KBD tidak terkejut apabila ada pembaca memberikan informasi tentang skandal seks Anwar dalam video pihak penyiasat skandal seks yang bocor dan dipercayai daripada pihak badan undang-undang negara.

Sebelum ini pun dalam laman web The Third Force, Raggie Jessy Rithaudeen telah menulis tentang tabiat seks songsang Anwar yang tegar dan payah untuk dia buang.

Namun terbangkit persoalan, adakah pengundi tidak wajar dimaklumkan tentang semua kebenaran ini?

Adakah tidak adil untuk Anwar sekiranya tabiat seksnya yang bukan sahaja menjadi polemik dan isu kontroversi dalam medsos bukan sahaja tentang seks songsang sesama lelaki, bahkan juga skandal yang melibatkan isteri orang?

Anwar mahu dirinya diangkat sebagai PM, namun sebagaimana kata Tun Mahathir, dia tidak mahu peliwat diangkat menjadi PM.

Malahan, semalam 7 Nov, laporan polis telah dibuat apabila calon PAS bagi DUN Gunung Semanggol telah menularkan kenyataan yang mendakwa PH yang diketuai Anwar akan membawa agenda LGBT ke dalam pentadbiran negara.

Namun tidakkah ia merupakan suatu hakikat yang benar apabila semasa PH berkuasa, golongan Lesbian telah dengan beraninya berarak pada Hari Wanita di Dataran Merdeka, yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Fakta yang menjadi kebenaran terhadap rendahnya moral Anwar Ibrahim juga telah didedahkan oleh peguam peribadinya sendiri iaitu Dtk Zulkifli Nordin.

Orang kuat PKR suatu ketika dahulu, Ezam Mohd Nor juga telah mendedahkan tabiat seks Anwar yang mendesak dirinya supaya meninggalkan PKR dan Anwar serta-merta setelah dia mengetahui hakikat sebenar diri Anwar.

Lantas adakah pengundi Tambun tidak wajar dan dilarang daripada mengetahui hakikat moral dan akidah Anwar Ibrahim yang kini akan dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 20 November ini?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: