JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAPATAN MERDEKA CENTRE

Editorial

6 Nov 2022

Pelbagai teknik perang saraf serta propaganda digunakan untuk mempengaruhi pengundi ketika menjelangnya hari mengundi pada 19 Nov ini.

Dua hari lalu (4 Nov 2022) kajian Merdeka Center mencanangkan bahawa sokongan pengundi ke atas gabungan parti-parti utama iaitu PH, BN, PN dan GTA, mendapati bahawa PH sedang mendahulu semua parti lain.

Daripada 21 juta pengundi seluruh negara, termasuk golongan belia berusia 18 tahun ke atas, Merdeka Center menjadikan 1209 sampel sebagai bahan kajian mereka.

Deskripsi demografi sampel tidak pula dinyatakan dengan jelas, dan adakah mereka benar-benar ada keesahan atau validiti untuk mewakili 21 juta pengundi seluruh negara?

Dalam kajian yang dicanangkan pada Jumaat lalu, Merdeka Center mendakwa PH kini mendahulu BN sebagai pilihan utama dalam pelbagai gabungan parti utama di semenanjung yang akan bertanding pada PRU15 nanti.

Merdeka Center mendakwa 26% responded menyokong PH diikuti 24% BN, manakala PN hanya mendapat 13% sokongan, dan GTA serta gabungan lain ketinggalan jauh ke belakang dengan hanya 2% sokongan.

Sejumlah 31% lagi daripada 1209 responden tidak dapat menentukan pendirian mereka.

Mengapakah Merdeka Center beria-ia mahu mencanangkan kajian kecenderungan, sokongan atau pilihan pengundi sedangkan hari mengundi bakal menjelang tiba 13 hari sahaja lagi?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, keputusan yang mengarut itu akan digunakan untuk mempengaruhi pengundi bagi menentukan pilihan mereka pada 19 November ini.

Kajian ini cuba menggunakan teknik pengaruh yang dinamakan ‘band wagon’ iaitu apabila ramai yang ‘menyokong PH’ maka tanpa berfikir, ramailah orang sekeliling juga akan ‘menyokong PH’.

Lantas 31% golongan yang tidak tahu atau belum membuat keputusan akan lebih tertarik untuk menyokong PH yang menjadi pilihan majoriti.

Lihatlah premis yang dikeluarkan oleh Merdeka Center, “Kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini masih memihak parti pemerintah, bagaimanapun pengalaman sebelum ini mendapati majoriti daripada mereka berkemungkinan memilih pembangkang, iaitu PN atau PH.”

Kosa kata ‘kemungkinan’ digunakan untuk memperkukuhkan persepsi yang memihak kepada PH yang hakikatnya amat tidak relevan dalam sesuatu kajian, tiada kebolehpercayaan serta keesahan (not valid and not reliable).

Merdeka Center pernah didakwa dibiayai oleh NED sebuah pertubuhan Yahudi yang telah turut membiayai PH-DAP sejak tahun 2002 untuk menamatkan kuasa BN.

Sumber: MYKMU

NSTP pernah mendedahkan pembiayaan NED terhadap Merdeka Center dan telah dibuktikan oleh pengakuan NED dalam laman web mereka.     

NED dikatakan cuba mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang kononnya masih dianggap rendah.

Hakikatnya peranan sebenar mereka lebih berupa operasi tersembunyi (covert) bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pendirian politik pemilik Merdeka Center, Ibrahim Suffian adalah pro DS Anwar Ibrahim. Dia sering menghadiri mesyuarat bersama Anwar di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.

Ramai berpendapat hasil kajian Merdeka Center tidak reliable dan valid memandangkan sudah banyak kali dapatan mereka tersasar jauh.

Sebelum ini Merdeka Center telah menggunakan teknik ‘reverse psychology’ untuk tidak menggalakkan penyokong BN keluar mengundi dengan mencanangkan bahawa BN akan menang besar pada PRU14.

Mereka telah berjaya mempengaruhi pengundi apabila sebaliknya PH yang berjaya dan telah memerintah negara.

Sebelum ini, bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan Muhyiddin berbanding Ismail Sabri berdasarkan kajian Merdeka Center.

Mereka mendakwa bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti rakyat.

Hakikatnya Muhyiddin meletakkan jawatan selepas tidak mendapat sokongan majoriti pada bulan Ogos 2021. Ini bermakna kajian Merdeka Center tidak valid dan tidak reliable!

Demikianlah juga pada PRU13, apabila Merdeka Center mendakwa Pakatan Rakyat mendahulu sokongan pengundi yang menunjukkan BN jauh terkebelakang.

Dapatan dan angka-angka yang ‘bias’ telah digunakan sebagai bahan propaganda untuk melumpuhkan semangat sokongan pihak yang menyokong BN.

Tapi hakikatnya PR telah kalah pada PRU13 itu dengan BN memenangi 133 kerusi Parlimen, manakla PR hanya memenangi 89 sahaja.

Oleh itu, kepada seluruh pengundi dan penyokong BN, jangan sesekali kecewa, patah hati atau ‘over-confident’ dengan apa jua dapatan yang dijaja oleh Merdeka Center, kerana ia hanyalah alat propaganda PH-DAP.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: