VIDEO PH CABULI AGAMA DAN AKIDAH UMAT ISLAM

Editorial

8 Nov 2022

Banyaklah kepincangan dan pencabulan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh PH ketika 22 bulan mereka berkuasa.

Meskipun Tun Mahathir amat bangga dapat mengepalai pentadbiran PH, tapi malangnya dia mengaku dia hanyalah Perdana Menteri Boneka DAP.

Anwar Ibrahim pula dengan putar-belitnya sering menepis mengatakan bahawa dia tiada kuasa dalam PH, sedangkan dia berjanji, jika hari ini PH menang, maka esok bulan akan jatuh ke riba rakyat jelata.

Antara keburukan yang banyaknya menjurus kepada liberalisme, keterbukaan terhadap LGBT, ideologi komunisme dan pelbagai lagi tercatat sebagaimana berikut.

  1. Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng cuba menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa rasmi kementeriannya apabila dia dengan megahnya menggunakan bahasa dan tulisan Cina dalam surat-surat rasmi.
  2. Ideologi komunisme cuba diserapkan dalam buku teks sejarah di sekolah-sekolah seluruh negara
  3. PH melantik aktivis liberalisme sosial dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang boleh menggugat akidah para pelajar Islam.
  4. PH membenarkan promosi ikon LGBT di Pulau Pinang dengan tujuan dan muslihat yang pastinya akan merosakkan akidah umat Islam.
  5. Menteri Agama PH, menyokong larangan diskriminasi terhadap golongan transgender, sedangkan sewajarnya golongan ini disedarkan untuk kembali kepada sifat fizikal, mental dan emosi mereka yang normal menurut fitrah yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
  6. PH mencadangkan ratifikasi ICERD yang akan mencairkan kedudukan dan hak kaum Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam, serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
  7. LGBT khususnya golongan Lesbian diberikan kebenaran untuk berarak di Dataran Merdeka dengan berselindung di sebalik sambutan Hari Wanita Sedunia.
  8. Pertubuhan Sister In Law (SIS) yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai terkeluar daripada akidah Islam apabila membenarkan kaum wanita menjadi Imam solat Jumaat, telah dibiayai oleh kerajaan PH untuk terus bergiat cergas dalam perjuangan sesat mereka.
  9. Aktivis LGBT Malaysia menonjolkan diri mereka di PBB.
  10. Kerajaan PH membenarkan Monumen Mahatma Ghandi, tokoh kemerdekaan India, ditegakkan di Malaysia. Apakah matlamat mereka berada dan hidup di bumi Malaysia sekiranya kesetiaan serta semangat nasionalime mereka masih berkiblatkan India?
  11. PH telah mencadangkan agar Malaysia membuka pejabat kedutaan di Israel. Mereka tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang menentang kezaliman Israel terhadap Palestin.
  12. PH juga mencadangkan agar status agama dalam kad pengenalan dipadamkan. Adakah PH mahu memudahkan umat Islam murtad dan tidak terikat dengan status beragama Islam dalam setiap urusan rasmi mereka?
  13. PH-DAP mendesak agar kerajaan meluluskan hak milik tanah selama 999 tahun di Perak yang hakikatnya memberikan hak tersebut kepada penduduk Cina di penempatan kampung baharu yang kebanyakannya adalah bekas pejuang komunis.

Lantas, menjelangnya hari mengundi pada Sabtu 19 Nov 2022 ini, rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu-Islam hendaklah berfikir sedalam-dalamnya siapakah dan parti manakah yang harus dipilih demi mempertahankan akidah mereka serta anak-cucu pada masa hadapan.

Hendaklah diingat bahawa semasa PH berkuasa parti PPBM (Bersatu) yang diterajui oleh TS Muhyiddin Yassin adalah sebahagian daripada komponen PH.

Malahan PAS juga pernah bersekongkol dengan PH-DAP semasa mereka bersama dengan Pakatan Rakyat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: