Anwar tidak usahlah bercakap tentang tuduhan rasuah berbilion, sekiranya Peguam Negara PH, Ketua SPRM, dan Hakim PH dilantik untuk melaksanakan rencana PH dalam strategi dakwaan terpilih untuk menjatuhkan mush politik PH. Anwar juga usahlah bercakap tentang ekonomi merudum sekira PM lebih banyak membangkitkan kemarahan negara-negara pelabur seperti China dan India. Bukan itu sahaja, Menteri Pertahanan PH yang diterjemahkan sebagai ‘Menteri Pertahanan terbodoh’ dunia dari aspek latar akademik serta ilmu ketenteraan telah mengeluarkan kenyataan yang memomokkan kelemahan sistem pertahanan yang menakutkan pelabur.
VIDEO ANWAR FITNAH DAN RENDAHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA KERANA UNDI POS
Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Anwar sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit. Tindakan Anwar itu juga mengheret ATM dalam permainan politiknya yang terdesak bukan sahaja membuat angkatan tentera marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam kempen politik.
PENGKHIANAT UMNO DI LARUT YANG HILANG JENTERA PARTI AKAN TERSUNGKUR
Shafiq Fhadly Mahmud yang sering muncul dalam ‘YouTube shorts’ dengan hujah-hujahnya yang bernas membela BN-UMNO, benar-benar memberi tekanan yang jitu kepada Hamzah, apatah lagi dia berkelulusan tinggi sebagai jurutera Petroleum dari University Tekonologi Petronas, yang diklasifikasikan sebagai intelektual muda UMNO berbanding Hamzah yang memulakan kerjayanya sebagai hanya Pengurus syarikat.
VIDEO – BOLEHKAH PENGUNDI TAMBUN TOLAK KE TEPI SKANDAL SEKS ANWAR?
Namun tidakkah ia merupakan suatu hakikat yang benar apabila semasa PH berkuasa, golongan Lesbian telah dengan beraninya berarak pada Hari Wanita di Dataran Merdeka, yang sebelum ini tidak pernah berlaku di Malaysia? Fakta yang menjadi kebenaran terhadap rendahnya moral Anwar Ibrahim juga telah didedahkan oleh peguam peribadinya sendiri iaitu Dtk Zulkifli Nordin. Lantas adakah pengundi Tambun tidak wajar dan dilarang daripada mengetahui hakikat moral dan akidah Anwar Ibrahim yang kini akan dijulang sebagai PM Menteri Malaysia pada 20 November ini?
JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAPATAN MERDEKA CENTRE
Mengapakah Merdeka Center beria-ia mahu mencanangkan kajian kecenderungan atau pilihan pengundi sedangkan hari mengundi bakal menjelang tiba 13 hari sahaja lagi? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, keputusan yang mengarut itu akan digunakan untuk mempengaruhi pengundi bagi menentukan pilihan mereka pada 19 November ini. Kajian ini cuba menggunakan teknik pengaruh yang dinamakan ‘band wagon’ iaitu apabila ramai yang ‘menyokong PH’ maka tanpa berfikir maka ramailah orang sekeliling juga akan ‘menyokong PH’.