GEMPAR! SKANDAL RM4.8 BILION PH YANG DIDEDAHKAN TOMMY THOMAS, MESTI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN

Editorial

10 Okt 2022

Pendedahan Tommy Thomas dalam memoirnya ‘Justice in the Wilderness’ sama ada kerana kebodohannya atau kerana mahu menyelamatkan dirinya setelah PH tumbang, hendaklah dibawa ke muka keadilan.

Maklumat ini telah dirungkaikan oleh Pasukan Penyiasat Khas, yang telah menemui suatu skandal PH yang amat menggemparkan semasa mereka berkuasa selama 22 bulan dengan Tun Mahathir, pemimpin tertua dunia, sebagai PM.

Tommy Thomas telah mengadakan rundingan dengan Genting Group, untuk menjual kapal mewah Equanimity milik Jho Low yang telah dibelinya dengan harga USD250 juta.

Memoir tersebut mendedahkan pengakuan Tommy bahawa dialah telah mengadakan rundingan dengan pihak Genting Group untuk penjualan kapal mewah itu di rumahnya sendiri yang menunjukkan bahawa rundingan tersebut menonjolkan kepentigan peribadi Tommy.

Tawaran yang diberikan oleh Tommy kepada pihak Genting Group adalah di bawah nilai kapal tersebut, iaitu harga minimum USD130 juta sebagaimana dipersetujui oleh pihak mahkamah yang mengendalikan kes asset 1MDB yang dituntut semula.

Namun sungguh mengejutkan apabila Tommy telah menawarkan harga jualan kapal tersebut kepada Genting Group dengan hanya USD126 juta iaitu hampir separuh daripada nilai pembelian kapal mewah itu dan di bawah nilai yang disyaratkan oleh mahkamah.

Mengapakah Tommy menawarkan harga sebegitu rendah, malahan lebih rendah daripada harga minimum yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah?

Inilah antara isu yang mendesak Pasukan Penyiasat Khas, menyelidik dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya baharulah diketahui bahawa terdapat isu ‘horse trading’ (tawar-menawar kepentingan dua belah pihak) antara Tommy Thomas dan Genting Group.

Pada tahun 2014 Genting Group telah memohon pelepasan cukai daripada pihak LHDN dan kerajaan ketika itu yang bernilai RM4.8 bilion.

Kerajaan telah menolak pemohonan pelepasan cukai Genting Group itu, dan dengan alasan itu Genting Group telah menyaman kerajaan Malaysia.

Pasukan Penyiasat Khas telah menemui hubung kait ‘horse trading’ tersebut apabila Genting Group bersetuju membeli kapal mewah berkenaan dengan harga yang ditawarkan oleh Tommy, dengan syarat bahawa Genting Group diberikan pelepasan cukai RM4.8 bilion berkenaan.

Persoalan susulan yang menjadi batu penghalang ialah, “Adakah Peguam Negara, TS Idrus Harun akan memanjangkan isu ini kepada pihak mahkamah?”

Sudah ada presedens sebagaimana laporan lengkap kes Nazlan yang telah siap disiasat oleh pihak SPRM dan telah diajukan kepada Peguam Negara pada Mei 2022 tetapi didiamkan begitu sahaja dan kemudiannya diserahkan kembali kepada SRPM. Sehingga kini, rakyat dan pemerhati ‘keadilan mahkamah negara’ masih tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepada hasil siasatan SPRM itu.

Ia amat berkontradik dengan sistem dan prosedur pejabat Peguam Negara pada era PH-Mahathir berkuasa selama 22 bulan, apabila siasatan ke atas DS Najib belum lengkap, tetapi dia terus diheret ke mahkamah.

Sekiranya siasatan telah lengkap pastinya isu ‘konflik kepentingan’ Hakim Nazlan Ghazali tidak timbul dan hakim lain boleh dilantik, sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Sophian Abdul Razak ditukarkan hanya kerana abangnya adalah ahli dan Pemimpin UMNO.

Anehnya juga, suami Ketua Hakim Negara yang merupakan panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang membicarakan kes SRC International tidak pula menjadi masalah kepada pihak pengadilan meskipun ia terbukti mempunyai rekod sebagai penyokong kepada pihak musuh UMNO yang boleh mempengaruhi keputusan isterinya.

Hakikatnya kes Nazlan adalah merupakan pembuktian pihak pembelaan ke atas DS Najib yang membolehkan pihak mahkamah membatalkan kes. Namun akibat daripada ketidakpedulian pihak Peguam Negara, pembelaan dan keadilan ke atas DS Najib dipersepsikan tidak dilaksanakan secara adil dan saksama sehingga beliau kini diheret ke penjara.

*****

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑