Editorial
10 Okt 2022
Setelah Tun Mahathir keluar daripada UMNO kerana ego dan kegilaannya untuk menjadikan penggantinya sebagai boneka, dia telah menubuhkan PPBM (Bersatu) yang kepanjangan akronimnya ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Apakah visi yang didukung oleh Mahathir dalam penubuhan PPBM itu?
Sebagaimana didedahkan oleh Datok Hamidah Osman, PPBM pada asalnya adalah merupakan saranan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, ketika Mahathir sujud pada PH kerana mahu menjadi Perdana Menteri buat kedua kalinya.
Matlamatnya adalah untuk menggantikan UMNO, dan dengan itu sasarannya mestilah kaum Melayu.
Tapi malangnya dengan hanya bermodalkan 29 ahli parlimen sahaja yang kebanyakannya adalah ‘katak-katak politik’ daripada UMNO dan PKR, Mahathir hanyalah ‘PM Boneka DAP’ sebagaimana yang dia perakui.

Oleh kerana kaum Melayu sememangnya tidak bodoh untuk memakan umpan daripada pemimpin berdarah Kerala India, yang hanya mementingkan kroni dan mengamalkan nepotisme, Mahathir lantas naik angin dan mengutuk kaum Melayu sebagai pemalas, yang jelas menunjukkan bahawa dirinya sendiri bukan Melayu.
Dalam Kongres Maruah Melayu, dia masih menghina kaum Melayu sebagai pemalas sedangkan merujuk kepada pandangan intelektual Melayu, klise sedemikian adalah pandangan ‘kepala otak’ yang masih dijajah oleh penjajah Barat sebagaimana didakwa oleh Prof Dr Syed Hussein AlAtas.


Namun apabila Mahathir ditendang keluar daripada PPBM setelah berlakunya komplot Langkah Sheraton, Mahathir lagi sekali menubuhkan parti picisan yang dinamakan Pejuang.
Lagi sekali Pejuang juga berpaksikan kaum Melayu, kononnya mahu membela nasib kaum Melayu yang telah diabaikan oleh Perdana Menteri kronist dan nepotist selama 22 tahun.
Pejuang cuba mengeksperimenkan pengaruhnya di PRN Johor, tetapi semua 42 calonnya telah kalah dan hilang wang deposit.
Hari ini Mahathir terus-terusan menghina kaum Melayu serta kejujuran pengundi Melayu dengan mengatakan mereka terpengaruh dengan UMNO kerana wang setelah parti baharunya Pejuang kalah teruk di PRN Johor.
Mahathir sepatutnya sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka kecewa dengan cara Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selama 22 bulan apabila Mahathir hanyalah keldai kepada DAP, seperti diperakuinya.
Sewajarnya Mahathir tidak memperlekehkan kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.

Mahathir harus sedar bahawa majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana mereka telah menyedari kesilapan mereka mengundi PH pada PRU14.
Kaum Melayu juga sedar tentang kronisme Mahathir yang lebih mengutamakankan kapitalis bangsa Cina, dan nepotismenya yang mementingkan kekayaan kaum keluarganya, malahan kaum Melayu tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama semasa PRU14 kerana terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji manis manifesto yang bukan kitab ‘Bible’ seperti diperakui Mahathir.
Akibat daripada kesilapan itu, kaum Melayu dan rakyat berbilang kaum telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi juga kepada keharmonian rakyat majmuk Malaysia.
Kaum Melayu telah memahami betapa pentingnya sebuah kerajaan yang telah terbukti berkebolehan, berpengalaman, kuat dan stabil.
Hanya kerana majoriti kaum Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, Gerakan Tanah Air (GATAI), PH atau Perikatan Nasional, mereka tidak sepatutnya dituduh menyokong UMNO kerana wang.
Jika BR1M dianggap sebagai sogokan wang kepada rakyat maka Mahathir juga hendaklah merujuk kepada kerajaan United Kingdom yang memperuntukkan wang bantuan mingguan kepada rakyat miskin dan begitu juga dengan kerajaan Singapura.
Dua hari lalu Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mempunyai peluang yang kuat untuk memenangi PRU15 kerana “ia mempunyai banyak wang”.
Hakikatnya sebagaimana yang didedahkan oleh MSN, Mahathir mempunyai harta kekayaan yang disembunyikan di luar negara bernilai USD45 bilion atau mengikut kadar semasa RM209.25 bilion.

Dari manakah dan bagaimanakah kleptokrat tua itu berjaya menggarap kekayaan sedemikian, sedangkan dengan wewenangnya dia menuduh DS Najib sebagai kleptokrat dan lanun?
Teori psikologi komunikasi ‘ed hominem’ menjelaskan, untuk menyembunyikan dirinya sebagai pencuri, lantas dia menjerit-jerit menuduh orang lain sebagai pencuri.
Itulah dia Mahathir, yang telah menuduh DS Najib sebagai ‘lanun’ sehingga menghina bangsa Bugis sebagai bangsa lanun sedangkan itu semua adalah propaganda penjajah yang mahu menjajah minda dan kekayaan Tanah Melayu.
Wajar diingatkan bahawa etnik Bugis adalah rumpun Melayu, dan etnik Kerala bukan sama sekali dari rumpun Melayu!
******
Tinggalkan Jawapan