PINTU UNTUK TUN MAHATHIR BERSAMA PH TERTUTUP RAPAT, HANYA PINTU MAHKAMAH YANG TERBUKA LUAS UNTUKNYA

Kenapakah Mahathir bertindak seperti desperado, sehingga mencanangkan propaganda politiknya yang amat songsang apabila dia mengatakan bahawa dia adalah manusia yang ‘baik’. Tanyalah siapakah pemimpin politik utama pembangkang yang tidak pernah disumbatnya ke penjara Kamunting dengan menggunakan akta drakonian ‘ISA’ semasa Mahathir berkuasa?

GEMPAR! SKANDAL RM4.8 BILION PH YANG DIDEDAHKAN TOMMY THOMAS, MESTI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN

Namun sungguh mengejutkan apabila Tommy telah menawarkan harga jualan kapal tersebut kepada Genting Group dengan hanya USD126 juta iaitu hampir separuh daripada nilai pembelian kapal mewah itu. Pasukan Penyiasat Khas telah menemui hubung kait ‘horse trading’ tersebut apabila Genting Group bersetuju membeli kapal mewah berkenaan dengan harga yang ditawarkan oleh Tommy, dengan syarat bahawa Genting Group diberikan pelepasan cukai RM4.8 bilion berkenaan.

TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA

Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan. Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir  Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM. Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.

(VIDEO) ADAKAH DS NAJIB TELAH MENDAPAT KEADILAN YANG SEWAJARNYA? -ISHAM JALIL

Adakah bekas PM Malaysia ke-6, DS Najib Tun Abdul Razak telah mendapat keadilan dalam kes perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan? Inilah isu yang berlegar dalam minda rakyat apabila mereka melihat isu ‘konflik kepentingan’ Hakim Nazlan Ghazali, kes bekas Gabenor Bank Negara, isu pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, isu Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, isu pengaruh suami terhadap hakim, isu kawalan ‘tangan ghaib’ pada badan kehakiman negara dan beberapa lagi yang menjadi persoalan. Mahkamah seperti tergesa-gesa mahu menjatuhi hukuman terhadap DS Najib, yang juga merupakan isu yang tidak adil terhadap pihak tertuduh, sedangkan bukti baharu pembelaan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.

MAHKAMAH TERGESA-GESA MAHU HERET NAJIB KE PENJARA, SEDANGKAN SPRM PUNYAI ‘PRIMA FACIE’ UNTUK TUDUH HAKIM NAZLAN

Adakah keadilan akan dapat ditegakkan sekiranya perbicaraan dijalankan secara terburu-buru, manakala bukti baharu pembelaan ditolak? Dengan itu juga kredibiliti, kebolehpercayaan, keabsahan dan keadilan mahkamah akan dipertikaikan, kerana soal ‘keraguan yang munasabah’ telah ditolak mentah-mentah, apatah lagi apabila mahkamah seperti tergesa-gesa dan berselindung di sebalik muslihat tertentu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: