VIDEO – MUHYIDDIN JIKA ANAK JANTAN, TEKANLAH BUTANG, JANGAN HANYA PANDAI MENGGERTAK

Editorial

21 Sept 2022

Presiden Bersatu TS Muhyiddin Yassin kini cuba mempergunakan Perikatan Nasional untuk menunjukkan bahawa dia kuat dan mempunyai sokongan, sedangkan hakikatnya partinya sedang terkial-kial bersama katak-katak politik yang terperangkap dengan Akta Anti-Lompat Parti yang telah dimaktubkan.

Terkini Muhyiddin telah mengisytiharkan BN adalah musuh utama Bersatu.

Dia sedang berperang dingin dengan PM Ismail Sabri yang tidak melayani tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, lantas mendakwa kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai kerajaan gagal menguruskan ekonomi negara.

Baharu sahaja minggu lepas, Menteri Kewangan Tengkul Zafrul mengumumkan dan menjelaskan bahawa ekonomi negara berada pada tahap yang stabil.

Malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yakin dengan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia, manakala agensi penarafan terkemuka global seperti S&P Global Ratings telah membuat semakan semula prospek penarafan hutang negara kepada ‘stabil’ berbanding ‘negatif’ setelah pemulihan ekonomi negara berada dalam landasan yang kukuh.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa asas ekonomi negara adalah mantap dengan perangkaan terkini menunjukkan ekonomi berkembang kukuh pada suku kedua 2022 sebanyak 8.9 peratus, kadar pengangguran juga berkurangan, sekali gus menunjukkan pemulihan pekerjaan dan kadar inflasi juga terkawal.

Lantas, kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai gagal hanyalah strategi psiwar atau perang saraf, yang dinamakan ‘ad hominen’ iaitu untuk menutup salah diri sendiri, maka dia mencipta pelabelan memburukkan orang lain.

Hakikatnya kerajaan ‘tebuk atap’ PN pimpinan Muhyiddin sebelum ini sememangnya telah dilabelkan sebagai kerajaan ‘gagal’ malah tidak diiktiraf dunia sebagai kerajaan yang sah dari prinsip demokrasi.

Kerajaan 17 bulan pentadbiran Muhyiddin telah dicemuh kerana gagal, malah cuba menipu rakyat dengan Ordinan Darurat yang membolehkannya menjarah RM600 bilion wang negara tanpa perlu dibahaskan di parlimen.

Langkah Muhyiddin menggunakan ‘PKP separuh masak’ untuk mengekang Covid19 telah merosakkan ekonomi rakyat manakala Malaysia telah berikan ranking 10 negara terburuk dalam dunia yang gagal menangani pandemik itu.

Sebagaimana di Johor tempoh hari, Muhyiddin telah menggertak Ismail Sabri agar membubarkan parlimen supaya PRU15 dapat segera diadakan.

Hakikatnya Muhyiddin lupa bahawa PRU15, sebagaimana pengakuannya, adalah PRU terakhir bagi kerjaya politiknya, kerana terlalu banyak cawangan Bersatu telah dibubarkan di seluruh negara termasuk Pagoh, kubu kuatnya.

Malahan DUN Bukit Gambir di mana Muyiddin adalah penyandangnya telah jatuh ke tangan UMNO.

Kini sekiranya Muhyiddin anak jantan, UMNO mencabar Muhyiddin supaya ‘tekan butang’ sebagaimana ugutannya terhadap kerajaan Johor tempoh hari yang akhirnya DUN dibubarkan, dan Bersatu-PH gagal untuk menguasai kerajaan Johor.

Muhyiddin mempunyai kuasa, sebagaimana dia dakwa bahawa PN mempunyai ahli parlimen terbanyak dalam komponen kerajaan Ismail Sabri, lantas dia boleh mengarahkan konco-konconya itu menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagaimana UMNO pernah lakukan terhadap PN pada Ogos tahun lalu.  

Ketua Pemuda UMNO Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Muhyiddin, “Buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam kerajaan untuk menarik sokongan terhadap PM. Kalau berani tekan butang sekarang!”

Muhyiddin hanya pandai beretorik apabila mendakwa bahawa Ismail Sabri gagal mengendalikan ekonomi negara, sedangkan hakikatnya keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada keadaan ekonomi negara ketika Muhyiddin berkuasa sehingga memusnahkan periuk nasi rakyat.

Asyraf Wajdi bertanya, “Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi. Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI (Azmin Ali)? Siapa Menteri Perancang Ekonomi-EPU (DS Mustapa Mohamed )? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi (Muhyiddin Yassin)? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti bunga (Bersatu)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?

Lantas, tunggu apa lagi Muhyddin, jika takut nak tekan, kami boleh tolong tekankan!

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: