VIDEO – GTA@GATAI HANYA PENYAMPAI CERITA DONGENG MAHATHIR  

Editor

21 Sept 2022

Gagasan parti Gerakan Tanah Air (GATAI) yang diasaskan oleh Tun Mahathir kini terkial-kial mencari parti rakan.

Kecuali parti BERJASA, dua komponen GATAI yang lain, iaitu PUTRA dan IMAN hanyalah parti picisan yang baru bertapak, dan dilihat hanya mahu menumpang tuah pada Mahathir yang kini sudah hilang populariti.

PKR, Amanah, PKR, PAS, dan UMNO sudah tegas menolak sebarang kerjasama dengan GATAI, apatah lagi Pejuang.

Pengerusi PN TS Muhyiddin Yassin telah cuba menjalin kerjasama, tetapi Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa GATAI tidak akan bekerja sama dengan Muhyiddin yang ditanggapi sebagai pengkhianat.

Manakala parti Warisan telah mendapat tentangan daripada pemimpinnya untuk sebarang kerjasama dengan Mahathir kerana isu ‘Projek IC Mahathir’ telah memberi kesan yang amat menyakitkan hati rakyat Sabah.

Meskipun BERJASA atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, dilihat sebagai satu-satu parti yang sudah agak lama bertapak sejak Disember 1977, tetapi hari ini BERJASA tidak mempunyai seorangpun ADUN apatah lagi Ahli Parlimen.

PUTRA yang ditubuhkan pada 2019, bukanlah atas tiket parti politik, tetapi hanya sebuah NGO atas nama PERKASA yang mahu berjuang membela nasib kaum Melayu-Bumiputera.

Setelah PERKASA bertukar wajah menjadi parti politik atas nama PUTRA, ramai ahli-ahlinya meninggalkan pertubuhan itu kerana diterjemahkan sebagai tersasar daripada prinsip asal penubuhan.

PUTRA cuba bereksperimen di PRN Melaka dengan meletakkan 5 calon tetapi semuanya kecundang.

IMAN yang menjadi komponen GATAI pula adalah Parti Perikatan India Muslim Nasional yang mungkin melihat kewujudannya selari dengan latar Mahathir yang mempunyai darah India Muslim.

IMAN ditubuhkan pada 2019, telah meletakkan calon mereka di DUN Macap Jaya dalam PRN Melaka tetapi kalah dengan hanya memperoleh 167 undi daripada 4264 yang keluar mengundi.

Dengan itu jelaslah dakwaan Mahathir bahawa gagasan GTA adalah parti yang berpotensi untuk mengangkat dirinya sebagai PM ke-10 hanyalah dongeng semata-mata.

Bagaimanakah manusia yang bukan berdarah Melayu tulen mahu memperjuangkan nasib dan masa depan kaum Melayu, sedangkan semasa dia berkuasa selama 22 tahun dia lebih banyak dilihat membela kroni-kroninya yang kebanyakannya adalah Cina.

Dalam soal nepotisme, Mahathir telah dilihat lebih membantu anak-anaknya sehingga nama mereka dicatatkan antara tokoh terkaya di Malaysia.

Semasa dia berkuasa selama 22 bulan menerajui PH, apakah yang telah dia buat apabila DAP banyak menggadai aset Tabung Haji yang menjadi sandaran orang Islam untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima?

Lebih mengjengkelkan, untuk menyelamatkan dirinya dia mengaku bahawa dia hanyalah keldai DAP?

Beberapa hari lepas Mahathir membangkitkan pula isu kafir-mengkafir dan kali ini dia mengkafirkan PAS dan UMNO, sebagai propaganda murahan untuk menarik sokongan kaum Melayu-Islam.

Natijahnya dia hanya akan membangkitkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Mahathir semasa mengetuai PH pernah mengatakan bahawa parti-parti kecil yang wujud dalam kalangan kaum Melayu-Islam hanya akan memecah-belahkan perpaduan umat Islam di Malaysia, tetapi nampaknya dialah yang hipokrit menubuhkan GATAI setelah wujudnya parti Melayu-Islam PAS, UMNO, PKR, Amanah, BERJASA, Bersatu dan PN.

Kini Mahathir dilihat sebagai ‘political animal’ (manusia gila politik) yang diserang penyakit bipola.

Dia cuba berlagak seperti pejuang Melayu tetapi sebaliknya telah menghina dan mencaci kaum Melayu sebagai pemalas, meskipun dalam Kongres Maruah Melayu.

Dia cuba berlagak muda, tetapi hakikatnya dia sudahpun menghampiri alam barzah, sebagaimana kata MO Ibrahim dalam satu simposium di Kigali, Rwanda yang turut dihadiri Mahathir, “Kemanakah pemimpin tua berusia 90 tahun hendak membawa rakyatnya, ke kubur?”

Mahathir cuba berlagak sebagai pejuang agama Islam, tetapi apa yang dia telah buat dengan isu pemurtadan lebih seribu umat Islam semasa dia berkuasa, sebagaimana didedahkan oleh Dr Hassan Ali seperti yang diperlihatkan di sebuah gereja di Damansara Utama?

Lihatlah pula sejarah berdarah dalam tragedi Memali, bagaimana 14 orang kampung Melayu-Islam dibunuh yang disifatkan Mahathir sebagai mati katak, hanya kerana mereka cuba pertahankan guru agama mereka.

Dia berbohong pada rakyat bahawa dia hanya bergantung kepada wang pencen untuk hidup, tetapi MSN mendedahkan bahawa dia mempunyai kekayaran luar negara bernilai lebih USD45 bilion atau bersaman RM200 bilion mengikut nilai Ringgit semasa.

Pendedahan MSN ini juga selari dengan apa yang cuba didedahkan oleh Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim dalam isu ‘Pandora Papers’.

Kes BMF yang dilihat menjadi pembunuh kepada Bank Bumiputera Malaysia, adalah kes mega yang melibatkan Mahathir sebagaimana didakwa oleh CIA Amerika Syarikat. Kes itu juga telah menyebabkan pembunuhan akauntan Jalil Ibrahim.

Banyaklah kes ‘bail-out’ syarikat GLC yang digerakkan Mahathir yang langsung tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat, tetapi hanya kroni-kroninya sahaja.

Penyelidikan politik yang dijalankan oleh PKR pada setiap bulan telah membuktikan bahawa Mahathir bukanlah pilihan rakyat apabila dalam seratus responden, hanya 2 sahaja (2%) yang memilih Mahathir.

Selari dengan itu, PETAI hanya memiliki 4 ahli parlimen daripada 222 jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat, atau 2% sahaja, sama seperti dapatan PKR.

Mahathir menubuhkan PPBM (Bersatu) atas cadangan Lim Kit Siang untuk membunuh parti Melayu UMNO yang telah banyak berjasa kepada kaum Melayu.

Kali ini parti-parti politik yang sudah ‘established’ sedar siapakah manusia perosak bangsa dan dilabelkan sebagai ‘bapa perpecahan kaum-Melayu’, lantas mereka tidak mahu lagi bersekongkol dengan GATAI pimpinan Mahathir.

Cukuplah Mahathir jangan cuba menyampaikan kisah dongeng melalui GATAI untuk memusnahkan masa depan kaum Melayu yang bukan merupakan darah tulen kamu.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: