Walau bagaimanapun terbangkit juga persoalan dan polemik, mengapakah baharu sekarang Hadi Awang mendedahkannya? Adakah Hadi cuba memenangi hati pengundi untuk menyokong PN, yang masih di bawah kuasa PM ‘Gagal’ Muhyiddin Yassin? Atau Hadi cuba selamatkan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH? Hakikatnya Muhyiddin cuba mengkhianati PAS dengan perjumpaan rahsia bersama PH untuk mewujudkan kembali kerjasama di bawah ‘khemah besar’ sebagai tanda bahawa dia tidak yakin pada PAS.
PILIHAN RAYA SEMEMANGNYA PERNAH DIBUAT PADA BULAN NOVEMBER – JANGAN TERPENGARUH RENTAK ‘PENGECUT DAN PUTAR ALAM’
PRU sememangnya pernah diadakan pada bulan November, tanpa sebarang rungutan dan cemuhan sebagaimana PRU10 pada tahun 1999. Apakah ada yang mati kerana PRU10 itu? Lantas, usahlah menjaja dengan alasan dan propaganda dangkal untuk menyelamatkan kluster mahkamah yang diakibatkan dakwaan terpilih dan kepincangan badan kehakiman, tetapi fikirkanlah tentang kestabilan politik dan ekonomi negara yang menjadi faktor utama untuk menyelamatkan ekonomi rakyat.
VIDEO – MUHYIDDIN JIKA ANAK JANTAN, TEKANLAH BUTANG, JANGAN HANYA PANDAI MENGGERTAK
Lantas, kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri sebagai gagal hanyalah strategi psiwar atau perang saraf, yang dinamakan ‘ad hominen’ iaitu untuk menutup salah diri sendiri, maka dia mencipta pelabelan memburukkan orang lain. Hakikatnya kerajaan ‘tebuk atap’ PN pimpinan Muhyiddin sebelum ini sememangnya telah dilabelkan sebagai kerajaan ‘gagal’ malah tidak diiktiraf dunia sebagai kerajaan yang sah dari prinsip demokrasi. Asyraf Wajdi bertanya, “Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi. Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI (Azmin Ali)? Siapa Menteri Perancang Ekonomi-EPU (DS Mustapa Mohamed )? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi (Muhyiddin Yassin)? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti bunga? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?”
TAKIYUDDIN HASSAN KAKI PUTAR-BELIT?
Hakikatnya, sepanjang empat tahun Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan, UMNO tidak pernah sekalipun dijemput ke mana-mana Muktamar Tahunan PAS, mahupun mesyuarat di peringkat PAS kawasan mahupun Negeri Kedah. Peliknya, pada tahun 2022 ini kecoh pula tentang kononnya tidak seorang pun kepimpinan UMNO hadir pada Muktamar PAS? Bagaimana kepimpinan UMNO hendak hadir jika tiada sebarang jemputan dibuat atas kapasiti parti? Apakah kerana kekecohan tersebut sengaja PAS cetuskan gara-gara Pilihan Raya Umum (PRU)15 yang hampir tiba.
RAKYAT JOHOR TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN BERSATU DALAM ISU I-CITRA
Isu I-Citra akan menjadi liabiliti kepada Bersatu dan dengan itu mereka berkempen meminta rakyat menyokong mereka kerana kemenangan mereka di Johor akan membolehkan Bersatu meluluskan I-Citra. Lebih jauh daripada itu, rakyat Johor juga dicelarukan dengan alasan bahawa sekiranya Muhyddin diangkat menjadi PM lagi sekali, I-Cita pastinya akan dilaksanakan.