DILEMA KEBIJAKSANAAN UMNO MEMILIH RAKAN GABUNGAN, PH ATAU PN

Apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific yang diura-urakan sebagai menentukan kata putus membentuk kerajaan baharu, ramai yang terkejut kerana selama ini disangkakan UMNO amat tegar dengan prinsip “No Anwar, No DAP’. Namun ia merupakan satu dilemma yang amat menghimpit dalam kebijaksanaan memberi pertimbangan tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan baharu.

VIDEO ANWAR FITNAH DAN RENDAHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA KERANA UNDI POS

Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Anwar sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit. Tindakan Anwar itu juga mengheret ATM dalam permainan politiknya yang terdesak bukan sahaja membuat angkatan tentera marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam kempen politik.

PM ISMAIL SABRI UMUM TOL DI ENAM LEBUH RAYA UTAMA DITURUNKAN BANTU KURANGKAN BEBAN RAKYAT

Enam lebuh raya utama di Lembah Klang akan mengurangkan tambang tol sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri ‘interim’ DS Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dilaporkan oleh media semalam (13 Okt 2022). Secara berasingan, Ismail Sabri berkata kerajaan juga pada 4 Mac lalu bersetuju dengan penambahan lorong baharu di sepanjang Lebuhraya Karak dari plaza tol Gombak ke plaza tol Bentong, manakala jalan terowong baharu akan dibina di Genting Sempah bagi mengurangkan kesesakan.

CHARLES SANTIAGO, ADAKAH KAMU JUGA SUDAH DIHINGGAPI SINDROM NYANYOK?

Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu. Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen. Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.

MEREKA TIDAK SETIA PADA PM, TETAPI TIDAK PULA MAHU PARLIMEN DIBUBARKAN

Tanpa mahu membicarakan soal ‘Langkah Sheraton’, soal khianat-mengkhianati dalam PH, soal PN mempergunakan Ordinan Darurat, soal menjarah wang negara RM600 bilion untuk memulihkan negara kononnya, soal pemimpin tua yang sudah hilang kudrat dan dijadikan boneka politik, soal ‘PKP separuh masak’ yang mengurung rakyat dan melumpuhkan ekonomi mereka, serta pelbagai lagi kegenjotan kerajaan ‘adhoc’ sehingga membawa kepada tiga kali perubahan PM dalam sepenggal, namun soal asas ialah kerajaan campuran PN, mahupun PH sebelumnya adalah tidak stabil dan amat goyah. Masakan ia boleh stabil sekiranya kabinet terdiri daripada kalangan yang saling bermusuhan, dan mempunyai  nakhoda masing-masing dengan hala tuju yang berbeza. Bayangkanlah bagaimana genjot dan bobroknya pentadbiran negara, sekiranya Pengerusi PN mengisytiharkan rakan pentadbiran negara iaitu UMNO sebagai ‘musuh utamanya.’

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: