Editorial
23 Sept 2022
Nampaknya ia menjadi ‘berita hambar’ apabila Parti Pejuang Tanah Air @ PETAI mengumumkan bahawa mereka boleh menawan 22 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kedah sebagaimana mereka mempertaruhkan 42 calon di PRN Johor.
Retorik dan propaganda genjot yang membawa harapan kosong kepada rakyat di PRN Johor nampaknya berulang lagi.
Keinginan Mahathir untuk menjadi PM semula dengan dakwaan melalut bahawa ramai mahukan dia menjadi PM lagi sekali, kini dilihat sebagai satu ‘possession’ atau kerasukan jika tidak ketaksuban yang melampau.
Dia telah meletakkan 42 calon di PRN Johor kerana pada sangkaannya dia masih mempunyai pengaruh. Namun ini bukanlah ‘zaman kereta lembu’ apabila rakyat hanya bergantung kepada informasi media pihak yang berkuasa semata-mata dan.mudah diperbodohkan.
Kesemua calon PETAI kalah dan kehilangan wang deposit. Adakah itu tandanya Mahathir masih berpengaruh?
Mahathir cuba mempengaruhi peneroka FELDA, kononnya dialah pejuang kepada peneroka, tapi hakikatnya dialah yang berusaha menswastakan FELDA supaya tembolok kroninya kembung dan padat.

Bayangkan dialah yang telah memulakan legasi penswastaan pada tahun 1980-an sehingga belakan elektrik diswastakan, air diswastakan, lebuh raya utama diswastakan, hospital diswastakan, universiti swasta tumbuh bagai cendawan, LHDN diswastakan dan macam-macam lagi sehingga sistem kumbahan air jamban pun diswastakan. Semuanya mencekik leher rakyat selunyainya.
Siapakah yang kaya? Tidak lain dan tidak bukan kroni-kroni dan syarikat anak-anaknya.
Lantas apabila dia menuduh DS Najib sebagai penyamun sehingga mencaci keturunan Bugis, yang kononnya dibenci rakyat, tetapi hakikatnya dialah ‘Bapa Penyamun’ sebagaimana dilabelkan oleh Presiden Amanah, Mat Sabu.
Mahathir lupa bahawa dia bukanlah berdarah Melayu tulen dan kontradiknya mahu membela kaum Melayu, sedangkan Bugis, Minangkabau, Jawa, Banjar, Madura, Sunda dan sebagainya adalah dari rumpun Melayu. Keturunannya dari bangsa Kutty Kerala India bukan dari darah Melayu. Lihat hidung bengkok dia sahaja, orang sudah tahu dia berketurunan India dan sekali-kali bukan Melayu.

Kajian dan penyelidikan awam bulanan yang dijalankan oleh PKR mendapati hanya 2% sahaja rakyat yang masih bengong menyokong Mahathir. Hakikat ini ternyata apabila PETAI hanya mempunyai 4 ahli Parlimen (2%) daripada keseluruhan 222 Ahli Dewan Rakyat. Itupun termasuk dia dan anaknya DS Mukhriz.

PETAI ramalkan mereka akan dapat merampas 22 kerusi DUN dan 9 Parlimen di Kedah, tetapi nampaknya PETAI melalut apabila rakyat Kedah amat marah pada Mukhriz yang merupakan MB Kedah tempoh hari kerana selalu tiada di Kedah, malahan sombong kepada rakyat Kedah.

Rakyat Kedah juga marah pada Mahathir yang seringkali menghina kaum Melayu sebagai pemalas yang menyebabkan mereka miskin, sedangkan Mahathir lupa matlamat hidup umat Islam bukanlah sekadar kekayaan dunia semata-mata.
Mahathir menghina kaum Melayu, malah dalam Kongres Maruah Melayu sekalipun dia terus mengutuk kaum Melayu.
Ironi dan kontradik yang menonjolkan sifat munafik dan hipokrasi Mahathir ialah apabila dia mencanangkan PETAI dan GTA@GATAI mahu berjuang membela kaum Melayu kononnya.
Namun apakah yang dia telah buat untuk mengubah nasib kaum Melayu semasa 22 tahun 22 bulan dia memerintah negara?
Setelah gagal dan dilabelkan sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ (kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang yang lembab, lemah dan salah) Mahathir cuba melindungi dirinya dengan mengatakan bahawa dia adalah ‘PM Boneka DAP’.
******
Tinggalkan Jawapan