Editorial
25 Ogos 2022
Adakah bekas PM Malaysia ke-6, DS Najib Tun Abdul Razak telah mendapat keadilan dalam kes perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?
Inilah isu yang berlegar dalam minda rakyat apabila mereka melihat isu ‘konflik kepentingan’ Hakim Nazlan Ghazali, kes bekas Gabenor Bank Negara, isu pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, isu Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, isu pengaruh suami terhadap hakim, isu kawalan ‘tangan ghaib’ pada badan kehakiman negara dan beberapa lagi yang menjadi persoalan.
DS Najib sendiri kelihatan muram, murung dan keletihan akibat tekanan yang diterjemahkan oleh sebilangan rakyat sebagai ‘perbicaraan yang penuh muslihat’.
Dalam satu wawancara khas bersama AMT UMNO, Isham Jalil, beliau telah menyuarakan pendapatnya, betapa banyak perkara yang ‘not seen as fair and just’ terhadap DS Najib.
Banyak perkara yang dimohon oleh pihak peguambela telah ditolak.
Malahan perbicaraan dilihat tergesa-gesa seperti ada muslihat tertentu, tidak sebagaimana perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim yang memakan masa berganda lebih lama.

Dakwaan terhadap DS Najib bermula pada Julai 2018, dua bula setelah PH memenangi PRU14.
Walaupun ia berlanjutan memakan masa 4 tahun namun terdapat penangguhan sewaktu pelaksanaan PKP kerana pandemik Covid19.
Hakikatnya ia hanya berlangsung selama kira-kira 3 tahun 6 bulan, namun kes DS Anwar yang dibenarkan penangguhan dari semasa ke semasa sebanyak 115 kali telah berlanjutan selama 6 tahun 5 bulan.
Nampaknya pihak kehakiman tidak konsisten dalam prosedur kehakiman, belum lagi dipersoalkan aspek dan isu kandungan perbicaraan.
Banyak perkara yang dimohon oleh pihak pembelaan telah ditolak oleh mahkamah seakan-akan tiada ruang kepada pihak pembelaan untuk menegakkan keadilan kepada tertuduh.
Antara lain pemohonan penangguhan kerana pelantikan peguambela baharu, telah ditolak, pemohonan Queen Counsel ditolak, pemohonan mengemukakan bukti baharu tidak diterima, pemohonan peguambela untuk menarik diri juga telah ditolak.
Mahkamah seperti tergesa-gesa mahu menjatuhi hukuman terhadap DS Najib, yang juga merupakan isu yang tidak adil terhadap pihak tertuduh, sedangkan bukti baharu pembelaan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.

Lantas, sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas DS Najib, kira-kira 300 penyokong tegar DS Najib telah menghantar memorandum ke Istana Negara agar DYMM Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan pengampunan kepada DS Najib Razak, atas beberapa faktor yang tidak memperlihatkan ‘keadilan dan kesaksamaan’.
Penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia.
Dalam memorandum itu, pertubuhan berkenaan memohon dua perkara termasuk pengampunan serta-merta kepada DS Najib.
Mereka turut memohon beberapa figura penting termasuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Pengarah Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk menghadap baginda bagi menjelaskan mengenai konflik kepentingan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SRC berkenaan.
*****
Tinggalkan Jawapan