(VIDEO) ADAKAH DS NAJIB TELAH MENDAPAT KEADILAN YANG SEWAJARNYA? -ISHAM JALIL

Adakah bekas PM Malaysia ke-6, DS Najib Tun Abdul Razak telah mendapat keadilan dalam kes perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan? Inilah isu yang berlegar dalam minda rakyat apabila mereka melihat isu ‘konflik kepentingan’ Hakim Nazlan Ghazali, kes bekas Gabenor Bank Negara, isu pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, isu Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, isu pengaruh suami terhadap hakim, isu kawalan ‘tangan ghaib’ pada badan kehakiman negara dan beberapa lagi yang menjadi persoalan. Mahkamah seperti tergesa-gesa mahu menjatuhi hukuman terhadap DS Najib, yang juga merupakan isu yang tidak adil terhadap pihak tertuduh, sedangkan bukti baharu pembelaan ditolak mentah-mentah begitu sahaja.

NAJIB AKAN SAMAN CHE’GU BARD KERANA FITNAH ‘KERIS BERDARAH CINA’

DS Najib Razak telah memberi amaran kepada Che’Gu Bard untuk menafikan kandungan blognya bertarikh hari ini, 28 Mac 2022. Blog tersebut mendakwa bahawa DS Najib pernah mengeluarkan kenyataan akan ‘membasahkan keris dengan darah Cina’ berdasarkan keratan akhbar yang tidak pula disahkan namanya dan siapa penerbitnya.

APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU?

Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu. Tak usahlah hendak menjaja tentang kleptokrat, jika kamu contoh kleptokrat terbaik, usahlah cakap tentang kluster mahkamah jika kamu yang membina undang-undang rimba.

(Video) PH TUMBANG SETELAH 66 HARI DS NAJIB SUMPAH LAKNAT

Oleh Dr Mamat Desa https://www.youtube.com/watch?v=SW7HYoLDZb0 Video dimuat naik daripada YouTube Allahuakbar, Wallahua’lam. Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui. Doa orang yang teraniaya adalah mustajab sebagaimana doa sahabat Rasululullah SAW, Saad Abi Waqqas supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, dan... Continue Reading →

(Video) PILOT MH370 BUNUH DIRI – KIT SIANG PATUT TANYA ANWAR

Lim Kit Siang, menggesa pemimpin BN agar bersuara menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mengenai tragedi pesawat MH370. Namun sewajarnya Lim Kit Siang bertanya Anwar tentang tragedi itu, kerana segala apa yang didakwa oleh Abbott adalah selari dengan pandangan pakar penerbangan dan kejuruteraan aviation. Abbot mendakwa, kerajaan Malaysia telah mengesyaki bahawa tragedi... Continue Reading →

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: